Thursday 4 April 2013

Propaganda

Salam uolss. Opss lupa nak cakap ni bukan rancangan Propaganza ye atau program melotop. Just sharing sebagai peringatan di akhir zaman ni. Sambungan kepada topik logik kah * kalau nak tau kelik situ k? Aku tak berapa sure hari bila aku tengok cerita dekat Discovery Channel tapi baru-baru ni jugak la masa tu tengah hot Good Friday tentang kebangkitan Jesus selepas 40 hari disalib. Maka Good Friday adalah hari penting bagi mereka semua sempena peristiwa itu. But! not that issue la yang aku nak ceritakan di pepagi yang mulia ni. Aku ada satu perangai yang aku ni kureng menonton rancangan drama-drama swasta,mahupun kerajaan mahupon rancangan berbaur romatika yang melampau sangat. Tapi aku suka menonton rancangan yang ala-ala dokumentari macam history channel, discovery channel, national geography wild dan sekutu dengannya kerana rancangan ini, aku menjadi seorang insan yang paling boring dalam rumah tu sebab suka menonton cerita skema. Baiklah, disebabkan hobi aku tengok benda ni, makanya aku terperasaan sesuatu yang agak fishy la dimana rancangan-rancangan seperti ini sekarang mula bertukar angin dari sebok bercerita tentang 2012 kiamat kepada sentimen berbaur peperangan dan kekejaman. Tapi ofcoz yang baik n hero ialah Amerika la. Yang jahat as usual kambing hitam, Hitler.

Depa previous balik zaman World War 2, yang memang aku perasan depa memang sebok cerita balik pasal World War 2 la. Motip? Tak ke macam nak laga-laga kan balik negara-negara tu? Well, as we know depa semua sebok nak prepare for World War 3 sebab tu dorang dah  mula nak buat provokasi dengan membuka kembali sejarah peperangan melibatkan Paksi Berikat dengan Paksi Bersekutu dimana di WW2 banyak kematian berlaku dan seperti yang ramai tahu, pada WW2 banyak Yahudi telah pun dibunuh secara beramai-ramai sebanyak 3 juta orang dan beribu-ribu dibunuh setiap hari. Itu adalah sentiment menaikkan semangat jihad orang-orang yahudi untuk membangkitkan peperangan konon dendam lama.



Yang paling aku berminat ada satu cerita yang dipaparkan tentang strategi Jerman memulakan peperangan dengan menyerang Poland. Pihak Berikat ni depa pandai, depa tak mau start dulu, depa mau orang lain start dulu then baru depa sebok nak masuk campor. Back to the stori, Jerman ketika itu diketuai oleh Furher Aldof Hitler *sorry eja salah. Membuat satu perisikan dan strategi rahsia. Dimana mereka memecahkan ahli mereka kepada kumpulan yang kecil dan merekrut beberapa orang untuk menjadikan mereka ni seorang Poland. Sebab Hitler dah aim Poland. Hitler nak hancurkan Poland sampai negara dia takde dalam peta. Boleh gitu? Then mereka rekrut kumpulan elit ni berpakaian seperti orang Poland, fasih berbahasa Poland memang sebijik laa dorang buat dengan tujuan untuk melancarkan perang pada Poland. Mereka nak reka cerita yang kononnya orang-orang ekstrimist Poland telah menceroboh Jerman dan hendak melancarkan perang dengan menawan stesyen radio negara Jerman. Padahal tu semua bukan orang Poland tapi itu orang-orang Jerman sendiri. Hebat kan? Mereka juga mengumpan dan membunuh tahanan ahli-ahli politik Jerman yang anti pada Hitler dan Nazi untuk me"REAL" kan lagi cerita bahawa orang-orang Poland benar-benar mahukan peperangan dengan memulakan serangan terhadap Jerman. Sedangkan takde satu orang Poland pun terlibat dengan benda alah ni.



Ini dinamakan "Cui Buno" perkataan latin yang bermaksud siapa untung kata Hishamuddin Rais. Mereka boleh melakukan apa saje beb untuk setat perang, untuk membangkitkan semangat patriotisme palsu demi kepentingan politik mereka. Yang mangsa, askar yang taktau pape, orang awam, wanita, budak kecik, orang tua. Depa orang atas peduli apa? Pura-pura turun padang, konon bersimpati untuk menutup nafsu serakah nak kuasai dunia dengan mengorbankan orang yang tak berdosa. Macam kau nak berniaga la, kau tak tau kau akan untung atau rugi dan kau korbankan duit kau sendiri, pinjam sana sini, kalau untung happy lah, kalau kalah? Hutang. Maka diakhirnya Hitler tumbang, dan Jerman berdepan dengan hutang berbillion billion sampai skang tak habis bayor. Yang untung sape? Rothchild jugak sebab dia pemodal time perang tu. Yang bodoh tu negara berperang la sebab konon nak control dunia. Jangan terlebih bijak sangat tapi depa pikir apa kan? Korbankan dulu orang bawah, yang menang orang atas. Renung-renungkan babes!

No comments:

Post a Comment