Wednesday 5 June 2013

Buat Mantan Kekasih

Seperginya aku dari hidupmu
Maka ku lepaskan segala jiwa dan cintaku pada noda semalam
Bukan karena benci, soalnya kelakianku kian tercabar
Karena sifat egoistik engkau yang semakin memperosok ku ke jalan samar
Aku juga punya hati, aku punya perasaan
Tetapi bagaimana perasaan seakan seikhlas ini diperonyok seperti kertas tiada guna?
Apa lagi kiasan bisa ku kiaskan buatmu wahai si dara untuk membuka hatimu yang keras
atau ku kira seperti batu misalannya.
Arakian itu, aku harus meninggalkan dirimu
Biarkan sahaja aku menghilang dalam kabus tebal
Moganya engkau tidak bisa melihatku lagi
Siapalah aku hendak menduga dan menghukum engkau si pujaan
karena aku jua manusia sepertimu
Tetapi aku percaya tuhan tidak pernah mengkhianati manusia yang mahu kebahagiaan
Ingat!
Tuhan itu tidak buta mahupun pekak untuk mendengar doa manusia teraniaya
sepertinya aku hari ini

Gila Sang Manusia

Manusia bisa menafsirkan segala kata
Mengikut prosa dan naluri sendiri
Tetapi hakikatnya kata-kata itu merupakan satu kunci segala kunci
Bukan satu kata yang menghiris
Cinta suatu wacana yang mudah diungkap dan dizahirkan dengan kata
Tetapi sukar untuk diterjemah dengan gaya.
Hati mudah jatuh ke lembah kecintaan
Membuat jiwa manusia menjadi celaru lagi kacau kiranya
Janganlah karena cinta engkau menjadi gila
Karena tuhan telah mendorongmu untuk mencari dan menjalani kehidupan
walaupun bukan segala pintamu menjadi tertunai

Usah Bertuhankan Cinta

Jangan jadikan cinta itu suatu kiblat hidup
Pabila engkau kecewa lantas engkau membunuh anugerah tuhan itu
Semetelaah itu, haruslah engkau bersyukur karena tuhan telah memberikan petunjuk
bahawa masih ada lagi perawan yang terbaik untukmu
Meskipun bukan perawan yang engkau puja
Sesiapa pun jodohmu
Meski aku, dia atau yang lain
Engkau haruslah bersyukur dengan setiap anugerah itu
Maka kembalilah bersangka baik kepada tuhanmu robulallamin
Dan carilah perawan yang terbaik
untuk rusuk kirimu

Thursday 4 April 2013

Propaganda

Salam uolss. Opss lupa nak cakap ni bukan rancangan Propaganza ye atau program melotop. Just sharing sebagai peringatan di akhir zaman ni. Sambungan kepada topik logik kah * kalau nak tau kelik situ k? Aku tak berapa sure hari bila aku tengok cerita dekat Discovery Channel tapi baru-baru ni jugak la masa tu tengah hot Good Friday tentang kebangkitan Jesus selepas 40 hari disalib. Maka Good Friday adalah hari penting bagi mereka semua sempena peristiwa itu. But! not that issue la yang aku nak ceritakan di pepagi yang mulia ni. Aku ada satu perangai yang aku ni kureng menonton rancangan drama-drama swasta,mahupun kerajaan mahupon rancangan berbaur romatika yang melampau sangat. Tapi aku suka menonton rancangan yang ala-ala dokumentari macam history channel, discovery channel, national geography wild dan sekutu dengannya kerana rancangan ini, aku menjadi seorang insan yang paling boring dalam rumah tu sebab suka menonton cerita skema. Baiklah, disebabkan hobi aku tengok benda ni, makanya aku terperasaan sesuatu yang agak fishy la dimana rancangan-rancangan seperti ini sekarang mula bertukar angin dari sebok bercerita tentang 2012 kiamat kepada sentimen berbaur peperangan dan kekejaman. Tapi ofcoz yang baik n hero ialah Amerika la. Yang jahat as usual kambing hitam, Hitler.

Depa previous balik zaman World War 2, yang memang aku perasan depa memang sebok cerita balik pasal World War 2 la. Motip? Tak ke macam nak laga-laga kan balik negara-negara tu? Well, as we know depa semua sebok nak prepare for World War 3 sebab tu dorang dah  mula nak buat provokasi dengan membuka kembali sejarah peperangan melibatkan Paksi Berikat dengan Paksi Bersekutu dimana di WW2 banyak kematian berlaku dan seperti yang ramai tahu, pada WW2 banyak Yahudi telah pun dibunuh secara beramai-ramai sebanyak 3 juta orang dan beribu-ribu dibunuh setiap hari. Itu adalah sentiment menaikkan semangat jihad orang-orang yahudi untuk membangkitkan peperangan konon dendam lama.



Yang paling aku berminat ada satu cerita yang dipaparkan tentang strategi Jerman memulakan peperangan dengan menyerang Poland. Pihak Berikat ni depa pandai, depa tak mau start dulu, depa mau orang lain start dulu then baru depa sebok nak masuk campor. Back to the stori, Jerman ketika itu diketuai oleh Furher Aldof Hitler *sorry eja salah. Membuat satu perisikan dan strategi rahsia. Dimana mereka memecahkan ahli mereka kepada kumpulan yang kecil dan merekrut beberapa orang untuk menjadikan mereka ni seorang Poland. Sebab Hitler dah aim Poland. Hitler nak hancurkan Poland sampai negara dia takde dalam peta. Boleh gitu? Then mereka rekrut kumpulan elit ni berpakaian seperti orang Poland, fasih berbahasa Poland memang sebijik laa dorang buat dengan tujuan untuk melancarkan perang pada Poland. Mereka nak reka cerita yang kononnya orang-orang ekstrimist Poland telah menceroboh Jerman dan hendak melancarkan perang dengan menawan stesyen radio negara Jerman. Padahal tu semua bukan orang Poland tapi itu orang-orang Jerman sendiri. Hebat kan? Mereka juga mengumpan dan membunuh tahanan ahli-ahli politik Jerman yang anti pada Hitler dan Nazi untuk me"REAL" kan lagi cerita bahawa orang-orang Poland benar-benar mahukan peperangan dengan memulakan serangan terhadap Jerman. Sedangkan takde satu orang Poland pun terlibat dengan benda alah ni.



Ini dinamakan "Cui Buno" perkataan latin yang bermaksud siapa untung kata Hishamuddin Rais. Mereka boleh melakukan apa saje beb untuk setat perang, untuk membangkitkan semangat patriotisme palsu demi kepentingan politik mereka. Yang mangsa, askar yang taktau pape, orang awam, wanita, budak kecik, orang tua. Depa orang atas peduli apa? Pura-pura turun padang, konon bersimpati untuk menutup nafsu serakah nak kuasai dunia dengan mengorbankan orang yang tak berdosa. Macam kau nak berniaga la, kau tak tau kau akan untung atau rugi dan kau korbankan duit kau sendiri, pinjam sana sini, kalau untung happy lah, kalau kalah? Hutang. Maka diakhirnya Hitler tumbang, dan Jerman berdepan dengan hutang berbillion billion sampai skang tak habis bayor. Yang untung sape? Rothchild jugak sebab dia pemodal time perang tu. Yang bodoh tu negara berperang la sebab konon nak control dunia. Jangan terlebih bijak sangat tapi depa pikir apa kan? Korbankan dulu orang bawah, yang menang orang atas. Renung-renungkan babes!

Sunday 31 March 2013

Hello "Dear Bawalicious"

Salam semua dan selamat bermonday blues again!

Aha, aku dah lama dah tak mai kerja setat Jumaat, Sabtu, Ahad amboih seronok naa bercuti sakan. Korang ingat tak aku pernah cerita dalam satu entry aku tajuk dia "Berbakatkah aku dalam bisnes?"kalau nak baco kelik sini. Arini aku nak memperkenalkan satu cita-cita aku hendak membuka satu kedai tudung online diberi nama "Dear Bawalicious". Hope korang boleh bagi sokongan moral pada aku yang baru nak start bisnes ni. Alhamdulillah so far family aku yang banyak bagi support dari segi modal and moral. Aku pada awalnya takut nak start bisnes ni, sebab banyak benda negative dalam otak ni "laku ke produk aku ni?" "boleh ke aku jual"
Alaa, macam ayat aku dalam entry tu lah. Takut beb, tapi mama aku banyak bagi supportm dia kata tak cuba tak tahu. Sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk membentuk satu bisnes untuk diri kita.

Yelah, zaman sekarang ni kau duduk KL mana nak cukup dik non? Gaji kau baru RM1000++ nak simpan buat kahwin, simpan untuk belanja, simpan itu ini takkan cukup punye jimat macamana pun hujung bulan kering kontang jugak. Mama aku tahu aku ada cita-cita nak bukak jualan online tudung, tapi belum kesampaian lagi. Pastu aku pk-pk umor dah berapa? Dah doploh pat. Kahwin? mesti la nak kan? tapi duit takdak! macamana tu?

Aku muhasabah diri, renung-renung memalam buta tu akhirnya aku buat keputusan untuk mencuba merealisasikan cita-cita aku yang suci murni ni. Lahai ayyatttt. Maka tertubuhla satu blog yang aku beri nama "Dear Bawalicious" tu nama jela, tapi tak semua produk tudung tu bawal sahaja, ada jugak tudung express yang lain kita akan cuba pelbagai produk tudung dan juga aksesori tudung untuk pelanggan. So guys, please visit my baby, "Dear Bawalicious" and cuba try shooping dengan aku pulaks! hik3. byee. http://bawaliciousboutique.blogspot.com/




Tuesday 26 March 2013

Logik Kah?

Salam semua.

Lama dah tak mengupdate ye belog ku ini. Bukan apa, aku bertambah bisi lately ni kan pastu idea pon tak banyak nak ado. Aha, yang penting rini bukanlah Monday belus macam biasa rini dah hari Rabu dik non!Makanya jadi Wednesday Blues la ceghitanya sebab aku terasa malas nak poie koje arini sebab tengok mak aku dengan adik aku cuti sekolah. Fine!

Dalam mood Wed blues arini, aku sesaje laa bukak youtube dengan lagu melatop tahun 1990'an gituew kalau Mesia time tu zaman pertengahan/akhir rock kapak n zaman awal pop lah. Maka banyaklah mat-mat jambu berkumpulan a.k.a BOYBAND macam Boyzone, Backstreet Boys, Nsync, Westlife, Blue, Spice Girl.. yang lelain tu aku tak berapa nak hingat sangatlah nama yang aku tulis ni pon sebab aku minat depa dan depa la paling melatop pop pop pop time tu uolls. Tengah scroll,scroll kat youtube tu, tau Cik Jah jumpe apa dik non? Jumpe video Michael Jackson. Aik, ape pasal Michael Jackson? Jakun? Aha, tak de laa bagi hadik-hadik yang tau tu tak pe la, yang tak tau Michael Jackson ni lagenda pop yang terkenal dan dihormati. Terkenal dengan aksi-aksi moonwalk nye, dan akhirnya mati dalam keadaan tragis.


Dalam life kita ada je masa turun naik, bak kata orang "Karma" macamtulah life orang-orang yang terpaksa hidup dalam glamour tak kira artis or politikus dan ingin "belot" dari jalan yang dia lalui. Kebanyakkannya mempunyai jalan cerita yang sama, cuma akhir ceritanya, mati atau menderita kena fitnah. Kalau kita kaji cerita Michael Jackson, dia asalnya dari kumpulan Jackson 5 yang terdiri dari abang-abangnya dan dalam 5 orang tu, dia paling menyerlah. Oppss before that aku nak habaq mai yang aku bukanlah ahli kaji konspirasi ke apa, gila tengok the arrivals ke apa okay? Ni apa yang aku boleh buat kesimpulan dari pembacaan dan logik pemikiran aku. Back to the story, so dari Jackson 5 la dia mengembangkan bakat dia dengan di bantu oleh seorang Rabbi yang bertindak sebagai penasihat peribadi beliau. Kalau kita tengok eh, bintang-bintang besar macam Marilyn Monroe, Elizabeth Tylor, Michael Jackson, Madonna and even Barack Obama dam kesemua president Amerika *based dari apa yang aku tahu lah, depa semua mesti ada penasihat dari kalangan yahudi. Tak caye? google. Kebanyakkan mereka akan memeluk ugama Judaisim. Yang Michael Jackson aku tak sure lah, ada kata Islam, ada kata Kristian la apa la. So tak dapat detect dia ugama apa, yang aku tau pembantu peribadi dia Yahudi.

Korang perasan tak orang-orang yang "baik" macam Michael Jakson, Princcess Diana, Marilyn Monroe, JFK, John Lennon depa ni sapa tak kenal kan? Mereka bukan la jenis suka tindas orang. Tapi hidup mereka merudum jatuh bila mereka nak ubah haluan jadi orang yang nak menyampaikan sesuatu kebenaran. Aku perati  some kind like mereka ni terpaksa melalui hari-hari yang sukar, untuk menjadi seorang bintang, dadah, alkohol, plastic sugery, sex, skandal. Satu masa mereka dah penat di ugut, dan dipaksa untuk menjadi seorang bintang sangat-sangat dihormati dan terkenal, mereka mula ingin berubah menjadi insan biasa dan berkongsi kisah "gelap" tu dengan peminat. Kalau korang baca kisah Marilyn Monroe, korang mesti kesian tengok life dia. Dah macam ape dah hidop. Bila dah tekanan perasaan amek dadah pastu minum arak. Sama gak macam Michael Jackson ketagih dadah sebab life depa stress. Orang selalu kaitkan femomena kena bunuh, mati sebab diberi ubat overdose ni dengan satu rangkaian Iluminati. Betol ke tidak aku tak tahu. Tapi aku lebih suka fikir logik, mesti ada dalang disebalik ni. Korang fikir ye, dalam dunia ni, bila orang ternama, atau bintang ternama nak bongkarkan suatu kebenaran, kompem kena musibah? Tak caye? macam nama yang aku sebut-sebut tadi. Kat Mesia pun ada, apa pulak tak de. Kes Anwar tu kan kecoh tu? Gelombang seorang bakal PM tak kesampaian dan dihumban dengan penuh hina dalam penjara ISA, dituduh meliwat setelah beberapa tahun kes dijatuhkan bahawa beliau tidak bersalah Logik? Sebab apa takde sebab musabab kena turun pangkat, berdemo dijalanan, dihumban dalam penjara?lebih ironinya sama kes dengan Michael Jackson yang dituduh meliwat kanak-kanak. Aik? liwat jugak Sebab depa berani  nak lawan "manusia" ni. Dia nak buktikan kebenaran. Psst, aku nak tekankan aku tak pro mana-mana. Tapi ini based on logik.

Macam cerita Michael Jackson, dia beberapa tahun sebelum kematian dia, dia ada bagi beberapa hint dari lagu-lagu pop yang menghayalkan kepada lagu-lagu tentang kesedaran dan penindasan. Contoh Earth Song, They dont really care about us. Puak-puak berkuasa ni depa tak suka kita sedarkan manusia dari kelalaian. Dia nak kita enjoy life, mati sebab dadah dan hidup tanpa tujuan. Itu motifnya. Aku tak nak tahu siapa mereka ni, Iluminati ke, freemason ke, apa pun nama depa tu tak penting tapi secara totalnya, ada dalang dan ada ketua besar yang memberi arahan.Itu aku bet mesti ada. Marilyn Monroe dikatakan dibunuh sebab? Dia tahu satu rahsia besar, aku tak rasa mafia pon sebab last call dia dengan JFK. JFK presiden Amerika, yang aku rasa dia tak banyak pon terlibat sangat dengan konspirasi macam Presiden Amerika yang lain sebab last before JFK mati dia nak sampaikan sesuatu yang penting dan kemudian ditembak. Aku tak buat andaian yang pelik-pelik. Dan secara logik nya Freemanson dan Illuminati bukan lagi perkara sulit or rahsia bukan? Kalau tak takkan website dorang sesenang je kita boleh view n orang awam biasa boleh bace? Sulit kah? dan di channel seperti History, Discovery Channel, buku-buku novel macam Davincci Code mengetengahkan Freemanson. Sulit lagi ke? Dah tak relevan nak dipanggil sulit. Bagi aku, mereka hanyalah pertubuhan biasa untuk menutup mata kita bahawa merekalah yang sebenarnya membuat onar pada golongan-golongan kebenaran ni. Dan mereka membuatkan manusia marhaen macam kita percaya bahawa mereka lah yang membunuh dan merekalah dalang dalam erti kata lain "kambing hitam" untuk menutup penguasa yang lebih besar a.k.a big boss mereka.

Based on pengalaman aku dulu zaman ada FB sebagai admin anti freemason n illuminati pernah seseorang ni dia tetibe pop aku dengan fb, katanya dia bekerja di British Airforce dan secara tidak langsung terlibat dengan kumpulan freemason, dia menyatakan bahawa freemason takde masaalah pun, mereka bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja dan juga ahlinya. Dan aku juga bertanya pada dia yang adakah freemason ni penyembah luciefer seperti yang diheboh-hebohkan, budak tu menafikan perkara tu. Dia kata mereka percaya pada kuasa SUPEREME, kuasa besar yang mampu menjaga dunia ni. Wallahua'lam aku tak tahu pasal ritual tu. Lama-lama budak tu fikir aku macam caye tak caye dia, dia bukak picture yang dia private kan dari umum khas untuk aku tengok bukti-bukti yang dia salah seorang anggota rasmi Freemason. Hee memang aku ada tengok and teruja gak yelah, aku bertuah Allah berikan aku pengalaman berharga berkenalan dengan budak tu, dia pernah cakap jangan sesekali jadi macam dia, bila dah masuk, tak boleh keluar. Aku pernah suruh dia kembali ke jalan Allah, tapi dia ada bagi hint yang dia tak boleh walaupun dia nak sangat kembali. Apa maksudnya itu aku tak tahu. Lepas tu kami terputus hubungan lepas arwah Faizal meninggal aku terus padam FB. Dalam otak aku, SUPEREME? Tuhan kah? atau gerombolan manusia yang berkuasa?

Jika nak ikot logik lagi..kalau korang baca tanda-tanda dajjal di akhir zaman ,

Wahai Rasulullah, berapa kecepatan berjalan di bumi?’ Beliau menjawab, ‘Seperti hujan ditiup angin.’ Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman dan mematuhi segala perintahnya. Dia memerintahkan langit supaya hujan, maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar karena cukup makan.

Kemudian dia mendatangi kaum yang lain dan mengajak mereka supaya beriman kepadanya, tetapi mereka menolak ajakannya. Maka dia berlalu dari mereka. Esok pagi negeri mereka akan kering keontang dan kekayaan mereka habis. Kemudian dia melawat di suatu negeri yang telah rosak binasa. Dia berkata, ‘Keluarkan perbendaharaanmu!’ Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Cakap je apa kat Dajjal dia akan buat, nak hujan, nak tumbuh-tumbuhan kompem dia boleh buat, tapi dia bukan tuhan ye..Kau tengok sekeliling kau. Apa yang dunia tak boleh buat dengan kemajuan teknologi? Sekarang, hujan buatan, tasik buatan, bukit buatan segalanya buatan siapa eh yang suka benda-benda teknologi ni? Check dekat internet siapa yang bagi dana pada teknologi dunia? Sekarang semuanya buatan betol tak? Ada persamaan tak dengan hadith Nabi tu? Nabi tak terangkan secara jelas Dajjal tu manusia ke, teknologi ke, gerakkan ke. Itu kalau tanya aku, aku memang tak tahu jawab. Ini apa yang aku perhati dan fikir. Kalau korang ada fikiran korang just share jelah. Lebih melogikkan lagi, siapa yang tak nak ikot ajakkan Dajjal serta merta hidupnya susah, mendalam kiasan Nabi S.A.W ni. Jika kita reverse balik cerita orang-orang yang aku mention kan, Macam Michael Jackson, Puteri Diana, Marilyn Monroe, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang mati dibunuh, di fitnah macam-macam, dianiaya atas sebab yang tak berapa jelas dan kesudahannya kes ditutup sebab? depa nak lawan, biasanya orang-orang atas ni macam the "hidden hand" mereka semua akan kata mereka benci Israel,benci keganasan,keamanan,bangsa bersatu bla bla bla...dengar macam baik je kan? Tapi hakikat nya? Aku bukan pembuat cerita konspirasi ke apa dan aku bukan taksuban freemason dan illuminati dan juga cerita arrivals tapi aku terfikir tanda-tanda yang Nabi dah bagi beribu tahun dahulu dah terang lagii bersuluh, realitinya sangat logik. So fikir kan sekejap okay..

Monday 11 March 2013

Al Kisah Tentang BR1M, Loan Kawen

Salam semua, eh lupa Salam 1 Malaysia laa

Haaa lupe teman nak kabor ke mike-mike sume ni, yang teman udoh le dapat bantuan rakyat 1 Mesia ni. RM250 ajee tapi teman pueh ati lee ade jugok duit teman dapat dari gomen. Mekasih ye gomen ye, atee teman speaking peghok arini sebab semalam teman sebok nengok cter Usin, Mon dan Jin Pakai Toncit kat online stream. Tak berapa kick sangat la jalan cerghite nye tu. Tapi teman dapat le belajor bahase peghok sikit. Ahaaa. Maka dengan heksaitet teman nak mengkaborkan kat mike-mike laa kome dapat rebet henpon RM200 dengan BR1M RM250. Kayo teman dapat duit teman balik, Tu jee nak ceghiter pasal BR1M.

Lepaih tu, semalam aku ada grouping dekat whatsapp kengkawan lama la time belajor kat Kolej Komuniti. Teman semalam ikot kan bisi nengok movie Usin, Mon dan Jin Pakai Toncet tu, tapi tetibe riuh sakan ceghiter pasal tawen. Hihi. Pastu ada seorang kawan ni dok nanye la kat kawan-kawan teman pasal pelan kawin. Sorang-sorang jawab, sampai la kawan teman yang nenye ni bukak cerite pasal loan kawen. Maka ramai lah kawan teman tak berapa setuju dengan pendekatan meminjam loan ni termasuk laa yang lelaki, bagi kami pinjam loan tu agak bahaya la. Ni personal opinion la kan, masing-masing laa nak pinjam ke tak nak. Tapi bagi teman laa idok le bagus kite dok meminjam pasai nak kawen je. Betul kata kawan teman tu memang zaman sekarang barang semuaa mahai. Nak-nak mak-mak ayah-ayah kita ni suka nak kasi meriah kan? Kalau ikut kita, tak yah laa nak nyanding-nyanding bagai, tapi yelah orang tua  nak tengok hok anok dia molek hari menikoh. *tersasar kelantan sikit. Kena la hormat jugak hok pandangan deme tu. Tapi bagi aku selagi 4 kerat ni ada nak menyimpan duit, bakal somi aku boleh cari duit dengan hasil titik peluh, apa salahnya kan? Tak payah la nak guna loan. Tapi kawan aku ni sebok laa dia nak tiau-tiau kami yang tak berapa setuju dengan pendapat loan dia tu. Dia kata dia tau macamana nak kurangkan interest, tapi bila tanya cakap tu very personel? Apa kes? Beria pertahan kan isu loan, then cakap tu very personel. Maksudnya dia jela reti, kami tak reti pape, so kami tak nak la amek loan. Dari awal lagi nampak dia emosi pasal kahwin, loan ni Kami dok gelak-gelak sembang pasal kahwin budget camne, iye laaa kita plan je pon. Kalau kata terdesak apa semua, nak wat guanne kan?

Pastu dia emo-emo, keluar pasal lelaki tak mampu nak simpan la apa la. Bukak cerita hok member dia tunggu 10 years bagai sebab nak tunggu laki kumpul duit, tak cukup dengan tu bukak cter orang tangkap khalwat plak? motif? Nak kata wajib amek loan untuk berkahwin sahaja? Laaa. meh sini nak bagi pencerahan sikit la. Itu deme yang dah TERDESAK. Even tangkap khalwat pon depa boleh kahwin cara budget, nak kahwen kat Siam pun murah skang,RM12++ macam tu. Loan ni just untuk keadaan genting la. Kalau nak compared untuk golongan yang memang planned nak kahwin, buat apa nak loan kalau boleh simpan? Itu namanya plan. Tapi kalau nak pinjam tak de sapa nak halang pun, hak masing-masing. Ini bagi side aku dan kawan-kawan yang tak berapa setuju pasal kawin pinjam loan. Nanti sampai dah 3,4 anak, tak perabis bayar hutang just pasal kahwin je. Teringat cerita Seniman Bujang Lapok, yang scene laki bini gaduh pasal hidup miskin, tak de gelang then ungkit pasal masa kahwin si mak perempuan ni mintak hantaran tinggi. Benda ni fakta beb. Skang kau amek la loan islamic ke, konvensional ke still ada interest. Bukan soal very personel ke apa. Kalau personel kau simpan jela rahsia agung kau tu time kau amek loan nanti bukan dok stori kat kami. Kahwin tu perkara wajib, kau nak buat grad wedding of the year ke apa ke kalau ada duit, jalan jela. Kalau tak de duit ala kadar sudeyh. Orang kata ukur baju pada badan sendiri. Kalau kau tak mampu, tapi nak pinjam loan pastu lepas kawin hidup susah buat gapo? Hidup penuh berhutang, biar susah cari duit dulu, biar senang kemudian. Jangan nak bongkak kawen RM20k tapi loan pastu lepas kahwin gaduh laki bini sebab sibuk settle hutang sana sini pastu cerai. Nauzubillah simpanggggg *bunyi macam Usop Wilcha. Itu pro and kontra nye loan-loan ni. Nak amek, hak memasing lah ye. Ni bagi side aku. Sape tak setuju tak kisah la kan. Aku just cakap apa aku fikir je. No need to emo-emo la sampai nak gaduh, left group pasal kes bodoh ni je. Just chillex and enjoy the conversation with others,respek hak orang lain. Baru laa bahagia. Pendek kata lu pikiaq la sendiri. Nak hidup merana lepas kahwin, berlambak hutang dengan rumah, anak, hospital bla bla bla...Pikior la mengkome semua!

Rock Oo!! memang Rock weyh!

Bersambung-sambung pulak entri aku ni yeee. Arini Monday belus nak hilangkan rasa ngantok dan sakit sengugut aku ni. Maka aku tulis entry pasal review cerita Rock Oo! Ekceli aku sangat memilih nak tengok wayang, and aku bukan seorang kaki nengok wayang melainkan cerita tu memang aku nak sangat-sangat tengok. Back to the stori, aku memang tunggu sambungan cerita Rock Oo ni since 2005 masa tu cerita Rock! Aku gile cerita tu dulu.Nak jadi cerita, tahun tu gak keluar cerita Rock. Dengan sengal ubi, Amy Mat Piah, Jijo an an an, Black sengau, Zul Kapan dengan Zack. Pergh feelling macam throwback zaman tuuu seyh. Pakaian dia semua macam dolu-dolu, memang real si Mamat Khalid ni buat. Membahak-bahak dulu aku tergelak tengok cter ni. And after few years aku tunggu sambungan ni, berbaloi aku tunggu lama cerita ni sebab cerita Rock oO memang super osem! Aku pelik apesal orang kata cter ni tak best and tak kelakar? Padahal dari awal sampai akhir aku gelak manjang kot? Hahahahah.

Rock tahun 2005
 
Bezanya Rock oO ni takde Zack dah. Yang ade muka baru, Slash Hj Tapah yang dibawak oleh Pekin. Aku rasa dia memang sebijik macam Johnny Deep kot. And aku rasa dia ni seksi dengan pakaian Slash tu. hahah. Ehem bukan seksi seksual tu ye, maksud nya seksi dari segi muka dia macam style gitueww. Starting cter yang agak selenge gak laaa, tengok si Amy Mat Piah tu dok buat ais kepal sambil hati bengang tengok URTV gambar Rimba Bara dengan si Zul Kapan. Hahahaha! Dengan si Amy terhegeh-hegeh nak jadi vokalis suara ke laut. Kalau dalam Rock dulu depa buat klip video berangan lagu Dari Sinar Mata, kali ni aku rasa special sikit sebab si Amy Mat Piah sendiri nyanyi lagu Teratai. Klip video tu pon agak bengong gak. Pecah perut aku weyh!
 
Salah satu slot dalam klip video Teratai versi Rimba Bara
 
Personal view dari aku, Rock oO kali ni lagi best dari 1st. Dengan Jijo nya kuat membebel tak habis-habis dengan an an an an dia tuuu buat aku rasa nak gelak tahap gaban. Memang gila laa dia punya berlakon slumber gile. Si Slash Hj Tapah tak banyak cakap. Yang buat huru hara cter ni si Jijo opkos laa, Si Amy dengan si Sengau Black. Si Slash asyikk nak cinggeh jeeee manjanggg. Zul Kapan plak balik kat Malaikat Mauuuttttt dia tuh.Ada banyak gak pengajaran dalam cter ni. Macamana depa semua ni boleh jadi band rock terkenal bukan senang tau. Kena banyak pengorbanan, kena tinggal cinggeh, kena share makanan, kena tipu, member mati overdose sedey beb. Cuma olahan dia tu depa buat kasi klakar laaaa. Kalau orang yang pernah rasa jadi macam Rimba Bara ni kompem nangis punya teringat kisah lama.Citer ni bagi aku REAL sangat. and aku suka compared to Rock! Apa lagi, jom laa tengok cerita Rock oO! ni. Aku bagi 5 star untuk Mamat Khalid untuk cerita ni. Tapi sorry Mamat Khalid, aku tak tengok pon cerita Antu Kak Limah 2 tu sebab aku macam rasa tak berapa kick laaa based on trillier dia tu. Tapi cter ni MENJADI. Idop RIMBA BARA!
 
 



Sunday 10 March 2013

Childhood Friends

Salam. Fuhh lama tak update bloggie ni. Alahai rindu gilos sangat kat ucuk anje ni. Kikiki. Okay 2 minggu lepas punye citer aku peram dah jadi tapai dah pon baru arini aku nak cter. So arini aku akan update 2 cter, satu cter peram satu lagi cter semalam dan kelmarin. Hokey hanak-hanak?

Lets start it 1st beybeh, 2 minggu lepas bape hari bulan eh? Sat nengok kalendar sat naaa. Hokey, 2hb ada sejarah baru ni. Punya laa lama gila weyh aku tak balik hometown aku, Johor Bharu last-last dapat gak balik after 4-5 years gak laa aku jadi orang lupo daratan kejap, selain menyokong pasukan bola sepak bukan negeri aku sendirik. Bhahahhaa. Sebenarnya kebetulan je datang JB tu, yolah aku skang dah duk KL so agak jauh ler aku nak poie ke JB tu, bukan tak rindu nak balik ke sana, rindu gak tapi mase takde lagi. Berbalik pada punca aku balik ke Johor sebab ade kenduri kawen Kak angkat ayah aku yang umo hanak dia sebaya dengan aku, doploh pat taun. Jelly kan? Baye aku dah kawen!!!! Aku? Tah bile tah, tahun depan kot? Aminnnnn.

Aku dalam diam-diam dah berjanji laa dengan childhood friends aku kat Instagram yang kata aku nak mai JB, gumbira laaa hati bebudak ni nak jumpe bestie lama kannn *including aku lah! Tapi plan tu hampir musnah berderai sebab mama aku berhasrat nak balik awal  plakk. Frust la gak aku. So aku try memujuk mama aku sampai le dia setuju nak balik lambat sikit. Alah mak childhood friend aku pon bestie mak aku gak. Yeah hidup anak GURU! Makanya berjumpe laaa kami di hari agak bersejarah untuk peribadi aku. Sini aku sajikan beberapa keping gambar untuk tatopan kalian rakyat

Macam biasa, aku kat kiri ler,
tengah hero malaya, Afiq and kecik molek ni, Fatin
 
 
Im gonna missed you guys soo much!
 
 
Geng lamo tak jumpe,bajet cter masaalah negara
 
 
 

Friday 1 March 2013

Maafkan lagi baik..

Salam and happy Jumaat day!

Yeyy,  dapat gaji. And March is the month i waiting for, i almost 4 month at Deleum and im really happy. *eh,speaking ke? Kikik. Sebab aku nak pergi vacation ke Cameron Highland. Aku rasa semua orang boleh baca title kat ataih tu kan? Cakap pasal kenangan silam, semua ada kenangan, membohong laa kau tak de kenangan kan? And aku sure ada kenangan pahit and manis dalam life korang. So, aku just share pengalaman sikit-sikit la kat korang, bukan overall kita boleh kongsi story kita kat dunia internet ni, kang ramai pulak komen kang.

Sebut tentang kenangan sedih, boleh dikatakan banyak la jugak. Most of them about love story and friends. Aku selalu bermasaalah tentang 2 benda ni. Kekadang kalau kita terlalu baik sangat orang akan pijak kita, kalau kita jahat sangat pun orang akan kata pasal kita and so on. Aku pernah melalui waktu-waktu belajar yang sukar. Aku tak boleh sangat geng dengan rakan sebaya aku sebab entahla, aku sendiri tak berapa nak sure. Bila sebaya ni kekadang ego lebey sikit la, bukan semua orang tapi untuk aku la kan. Macam tak boleh give and take. Aku lebih suka kawan dengan kakak-kakak ke, makcik-makcik ke or adik-adik. Jangan la nak sebaya sangat. Tapi ada gak kawan sebaya yang okay, yang memula musuh nak mampuih last-last contact and baik gilos. Aku ni tak reti sangat nak berkawan macam mana. Yelah, kita ni macam-macam ragam kan, biasanya kalau perempuan ni suka cakap belakang, pastu main tikam-tikam belakang. Aku dah rase dah perasaan bengang, benci and nak tumbok je muka orang tu tapi satu lagi perangai aku, sekejap je aku rasa bengang and marah. Tak kira la besar mana pon dia buat kat aku. Pernah ada orang cuba nak try bunuh aku, pulaukan aku malah ada lagi perbuatan yang bagi aku agak berat maybe sebab dengki atau maybe sebab kecewa aku sendiri tak tahu kenapa. Tapi aku bersyukur dengan Allah sebab diberi kekuatan untuk melalui hari-hari yang teruk dalam hidup aku.Berkat doa mama aku, aku selamat alhamdulillah sampai sekarang. Buat sesiapa yang pernah bermusuh dengan aku, atau pernah buat aku macam-macam aku dah maafkan.

Cinta.. Hmm..

Aku ada juga dengar kawan-kawan aku kata aku senang sangat mencari pengganti, tapi hakikatnya aku sakit jugak nak lalui. Ye la, kau sekali bercinta tu bagai nak rak, tapi akhirnya tak kesampaian. Aku tak suka sedih-sedih. Memang orang akan datang nak tagih cinta tu macam bunyi senang je kan? Or else kau kena start balik hubungan and kenal-kenal balik. Leceh. Tapi tu la kuasa tuhan kenapa kita takde jodoh dengan orang tu. Sakit putus cinta tu memang la, tapi aku ada satu prinsip and aku sangat cerewet bab-bab ni, aku sanggup sedih or sakit hati dari aku terpaksa stay dengan lelaki yang setiap hari buat aku nangis, at least bila aku ptus cinta, nangis tu sekejap then aku boleh move on sebab aku akan mind set aku takkan toleh belakang lagi. Cukuplah apa yang dah jadi dan aku harap takkan mungkin terjadi lagi. Aku nak orang yang boleh jaga aku, aku nak diri aku hormat pada orang lain dengan erti kata lain dia boleh ajar aku, bimbing aku, jaga aku kalau aku ada masaalah. Tu je. Kadang-kadang bukan tak teringat, ingat and sayang cuma aku dah tak boleh nak go on dah sebab hati dah hancur sangat-sangat. Ya aku faham aku pun ada kekurangan, masing-masing ada salah. Lagi satu aku selalu gak dapat manusia yang poyo cakap " Saya ni memang tak layak untuk sesiapa, and biarlah saya stay single camni." sekali tengok ada berita sampaikan kata dah ada pengganti baru bape hari breakup. Kikiki. Senang eh cari pengganti, ayat tu memang poyo sangat. Sekali komen dengan aweks lain kemain bersayang-sayang. Masa time aku dulu, bukan main dia bising-bising takkan semudah tu je kan bersayang-sayang kan? Maybe dah bersayang time sebelum ni lagi kott?  Mana la tau, kekadang bukan aku yang kaki stalker, tapi kawan-kawan aku banyak je bagi berita ekspress kat aku. Tak tau la kan, tuan empunya badan kata bukan makwenya. Kikikikiki! Biar jela, as long dia bahagia suka dan ceria, Alhamdulillah la.

Lagipun cter bab maaf ni sebenarnya, ramai orang bising dengan aku kata aku ni senang maafkan orang, baik sangat dengan orang. Bukan apa, kita ni sejahat-jahat pun orang kata biarlah ada sikit sifat Nabi Muhammad sikit walaupon aku ni takde laa alim gila, semayang pon tah betul tah tidak tapi aku ada la sikit sifat pemaaf tu, tak rugi pon kau jadi pemaaf kan? Share perangai Ajeem plak, dia ni jenis pendendam i mean bukan laaaa teruk gila, but dia ni bukan jenis suka meluah-luah macam kita pompuan-pompuan ni. Dia tak suka orang sakitkan hati aku, or cederakan aku *ahaa, sweet sangat lee perangai kau tu Ajeem! paling dia bengang kalau aku kata biarkannn jela orang nak buat akuuu, lagi bebulu je dia dengan aku. Tapi so far lately ni dia cool down banyak jugak. Dia dah bukan jenis-jenis emosi-emosi sangat dah sebab dia dah faham apa yang aku buat ni. Sebenarnya tak rugi langsung kau jadi pemaaf la beb, buat apa kau nak berbalas-balas dendam kan? Memang la sakit hati dengan apa orang pernah buat kau suffer tapi tak rugi ponn kau maafkan. Tak keluar duit pon kan? So amal-amalkan laaa sikap memaafkan okay?

Wednesday 20 February 2013

Berbakatkah aku dalam bisnes?

Salam guys and good night..

its 11.10 pm already tapi aku still macam blur-blur katak lah berfikir macam-macam sebenarnya. Well if anybody yang suka baca blog nak tau update aku or pasal perasaan aku or pasal life aku disini la tempatnya aku share segala mak nenek problem. Kikiki! But not all la babe. So malam ni dalam kepala otak aku dok pikiaq pasal bisnes, almaklumlah sekarang ni kerajaan sibuk promote segala BR1M, bantuan untuk usahawan mikro and tak lupa rebet henpon rm200 semua aku sapu. But my biggest problem, before aku nak ambil oppourtunity yang kerajaan bagi geran rm1000 untuk usahawan mikro ni aku dok pikiaq berbakatkah aku ni? Aku ada blog, ada instagram tapi kenapa aku tak nak ambil peluang yang jarang ada kan? Rm1000 tu walaupon pada mata certain people alaaaaaa kecikkkk gile modal nak buat berniaga, but aku rasa blassed gila laa sebab orang nak bagi duit free selain duit parents aku! Saving what? takde nak bodek-bodek kerajaan okay but ini opinion laa kan? bila lagi nak dapat bantuan free.

Aku cam pikir-pikir nak buat business boutique online tudung sebab aku gila tudung. Tapi muka aku ni tak lawo pon nak tayang muka jadi model tudung, nak gaye-gaye tudung, nak panggil model buat shoot gambar bagai quite costing. Nak buat business kosmetik, sama la keadaan dia muka aku ni baru je try test product Ad-ha skincare so need time to prove to others la. Yela,takkan aku nak setat jual kalau muka aku pon belom di testimoni kan? makanya kena nunggu sampailah muka aku putih bak Adira tu,baru aku akan jadi reseller Ad-ha skincare *okay berangan! pastu dalam hotak aku nak wat bisnes baju,aha skang aku tengah nak habiskan stock kat instagram aku "atikaanisa" sila melawat okay? kat situ aku just nak habiskan laa stock-stock yang aku jual masa buat bazaar kat kolej dulu, bapak lama gilaaaaa aku nak habiskan stock dek sebab malasss! Walaupon slow lambat sikit orang tanya pasal baju yang aku jual, but im blessed laa sebab ada jugak orang sudi nanye-nanye kan? orang kata pelan-pelan kayuh beb. Nanti ada laa orang suka sebab baju yang aku jual pon agak la murah.

So berbakatkah aku dengan dunia busines ni? Harap je dapat diploma business tapi bila kau masuk dalam dunia realiti hampeh dude. Kau jadi zero, orang tak belajar bisnes lagi hebat dari kau tau nisa.Malu-malu! Bhahahahaha. Takpe, aku hope testing aku ni jadi laa. Mohon murah rezeki untuk orang membeli baju yang aku jual tuueww. And plus aku pon lepas ni insyaallah la nak sambung study but not in busines anymore laa. maleh eden nak blaja busines ni, eden nak amek course engineering NDT. Haaa, belajar rerajin sampai gaji tinggi pastu ada pulak bisnes. Uii kalau jadi camtu aminnn alhamdulillah, boleh kejar cita-cita aku nak bawa family aku dan family bakal suami aku ke Haji or umrah. semoga niat suci murni aku ni di berkati Allah.  Amin ya robbal alamin!! Doakan aku berjaya ya guys. Doa korang dan support korang yang stalker ke, silent reader ke or memang jenis suka melawat blog ke mohon doa n support kejayaan kita bersama. Ecewahhh! okaylah need to sleep now, nuniteeeee and sweet dream people!

I Need Vacation? YES!

Salam people.



Talked about vacation, and yeah i really need vacation right now. Bukan apa saje nak membawa diri pergi bercuti-cuti rehatkan minda. Kikiki. Lately aku rasa macam strees tapi bukan la sebab kerja tapi certain-certain people yang sangat laa annoying. Kerja so far alhamdulillah la, happy. Actually plan nak pergi berjalan ke Desaru, tapi aku rasa 2 days 1 night memang laa tak best. Rasa macam bosan je kan? Pastu cost g Desaru tu quite costing sebab hotel dia gila mewah. Lain la gaji aku besar kan. So boley la duduk hotel super mahal. Makanya setelah berpikir-pikir nak poie mana, kejap nak rasa g pantai la hape la. So last-last back to basic, aku pergi ke Cameron Highland tempat faveret aku. Bukan apa, Cameron Highland ni bukan la tempat yang terlalu best untuk orang yang suka berseronok, tapi dia tempat yang sangat peace laa untuk rileks kan otak. Aku setat jatuh cinta dengan Cameron time family outing lagi. Masa tu darjah berapa tah, ke tingkatan bape tah buat family day kat sana. Time tu sejuk gila sampai berasap-asap mulut ko.. tapi skang dah kureng dah sebab maybe pemanasan global kutt..ehem.

Aku selalu g Cameron biasanya untuk 2 hari 1 malam la macam tak berjalan mana saje nak lepak je. But aritu aku pergi ke Kuala Kangsar wedding sempat la singgah kejap ke Cameron Highland dengan kawan-kawan baru la aku setat berjalan g teh boh la, muzium la, rose valley la segala mak nenek nak pergi 2 hari 1 malam gak kat sana. Enjoy but sikit boring sebab bukan ikhlas pon nak melawat tempat-tempat gituewww! Aku mai nak rileks-rileks. Paling aku enjoy kat sana pergi pasar malam. Barang-barang so far murah la gak. Stoberi yang kau dok ngidam kat KL sana, kat Cameron 3 bungkus RM15 jer kot! Kohkohkoh. Murah kan? Kalau kau gatai nak beli bunga, beli kat KL mahal kan? So kau beli jela kat Cameron, 1 jambak baru RM10 or 20 ajeee. Tu port paling best laa kalau kau nak beli barang-barang makan ke apa, sedap tak sedap tuu aku tak tau la. Belasah jela try and error katanyaaaa. Aku seorang yang gilos teh, so aku akan memborong teh nanti. Eksaitet walaupon dah 3-4 kali jejak sana. Mana aku nak poie lepas ni? Aku pk nak poie jalan kat air terjun kat Cameron tu. Ala-ala macam piknik kann dok bentang tikar pastu makan. Lahai, romantika de amore laaaaa.Muaahahahahaha! Tu baru ketenangan abadi yop. Tak payah nak berjalan sangat g tempat-tempat tu. Ni opinion aku laa, better enjoy pemandangan sekitar, layan sejuk-sejuk nyaman kat sana. Mesti best, yang mana sibuk nak g jalan melawat tapak tu poie laa, tapi bagi yang 3-4 kali poie tu takkan kau nak pergi tempat sama jer kan? Better kau g la tempat yang adventure sikit macam air terjun ke, hiking ke apa ke. Macam best gak, tak pon panjat bukit teh tu haaa, pergh mengah beb.

Anyway, aku tak sabar nak bercuti this march and tak sabar nak tenangkan hati disamping beribadah jugak melihat alam ciptaan tuhan. Nak g obersea belom ado budget lagi la nak melawat obersea, melainkan bos aku dengan baik hati dan rela hati nak hantar aku g outstation obersea.Kihkih! Takecare guys. Bubye! Muxie

Monday 18 February 2013

Nekad baru

Salam and aloo people!

Alahai arini mengantok gila babos padahal dah tidoq awai dah malam tadi. Rini nak ajak korang yang membaco, menyeltalker blog aku *bajet cam femes memes ye belog aku ni. Ahaaii tak kose! berkongsi pengalaman aku baru memakai skincare. Seperti yang aku sendiri tau, aku ni sangat meleceh atau sangat malas nak pakai product-product skincare SEBAB? MALAS! Haa kan dah CAPS LOCK. Pastu lately ni aku jadi macam bengang tengok muka aku sebab dah mula jadi kusam tetibe walaupon bertepek bedak yang aku dah letak kat muko den ni, jerawat gatal, miang semua naik, makanya aku buat conclusion sendiri yang hormon progeston mengnifikon aku tak berapa nak betol dah. Aku kan guna instagram, so aku selalu la nampak Uniey bini Apek tu jual karame, macam nak beli, skali tengok harge alahai pengsan. Pastu usha Tabita plak, haa ni pon same, mahal nak pengsan..."Faint!" Tengok product SNE yang si Adira tu pakai, lagi laaa mahal. Pikiaq punya pikiaq nak pakai brand apa bagi kulit flawless macam retis kannn. Selalu pakai makeup aje, so memang chantek cek mek molek laa kalo bergambor or makeup tapi itu semua pelsu belaka! Aku nak kulit memang smoothly la kan. Sojak akhir-akhir ni setelah single mingle balik, aku nekad nak lawo kulit muka means putih flawless gitueww and kurussss pastu nak bersihkan hati supaya suci murni takde dendam-dendam dengan orang lain.

1st step aku search kat tenet pasal krame tuh, pastu tetibe terkeluar la jenama peliks sket, nama dia Ad-ha Skincare. Memula aku macam bingong sket nama macam annoying jer, pastu terai nengok testi,amboihhh lawa muka mereka yer macam makan SNE plak wajah nya itueww! Glowwing manje tau. So, aku nengok harganya takde la mahal gila memadailah dengan gaji aku yang ciput ni haa. Kalau beli loose pon murah la gak. So aku beli, tapi nak deliverd kat rumah yaaaaa ampoonnnnn dekat 2 minggu baru sampai pakai POS LAJU sangatttt! Haa aku bengang laa sebab selalu elok je,aku kasi can laa sebab raya cina kan, so aku takde laa call cust service tu tapi dah masuk 2nd week tak sampai-sampai berbulu gak laa aku. Calling bagai nak gile aku kat pos laju cust service complain apesal stuck kat PPL Batu Caves tu, depa kata ada action bagai itu semuaa DUSTA! Last-last aku g amek sendiri kat PPL tu. Makanya dapat laa aku skincare aku yang heksaitet sangat tu

Day 1st-3rd aku pakai sabun dengan serum vit C and E dia, best gilos rasa meresap-resap dalam kulit ni.Aww hover tau! Day 4th ,means today la aku setat pakai cream pagi.Aaaahaa lupa nak habaq, pakai skincare Ad-ha ni ada pantang besar, jangan pakai bedak tabur or compact kat muka or pakai blusher ye sayangku nanti merah-merah muka uolss baru tau. So aku terPAKSA menakedkan muka aku tanpa secalit bedak n makeup hokey! Aku rasa macam Ya Allah, tak kompiden rasanya nak g opis dengan muka telanjang macam ni. Adohai. Tapi takpe laa demi kecantekan and mematuhi displin yang dia dah cakap tu. Bukan sehari dua tau, sebulan kena buat camtu. So bertahan laa ye wahai muka tanpa bedak.Tapi aku just calitkan celak *wajib pakai and maskara untuk penyeri lah takde la kusam musam muka aku poie koje,kang depa kata aku sakit plak. Aku pakai cream siang dia melekit-lekit macam aku letak gula-gula kat muka tu rasa dia. Unconfortable la  jugak bila aku pakai, rasa macam berkilat n melelekit kannn. sabar jelah. Krim malam pon same, lagi melekit but aku tahan jela nak tengok cemana kan. So next perubahan akan di update sebulan or 2 bulan lagi. Agak-agak dapat tak puteh macam Adira tu? Muawahahaha. Actually bagos sebenarnya dia train aku jangan pakai makeup sangat sebab aku ni makeup lama la jugak,kena bgun sejam awal untuk dandan,mandi bla bla bla...So since aku pakai Ad-ha ni takde la aku take time lama dalam 20 min aku dah siap settle semua. Cepat kan? Ahaa.Rileks okay, nanti aku update.

Next step, aku nekad nak puasa nasi. Aku memang jenis kuat melantak. Aritu ade la dalam sebulan aku puasa nasi kurus beb,hilang selera aku kat nasi sebulan sebab mind set. Aku nekad nak change diri aku dari chubby ke kurus without pakai any lotion or slimming pill. Aku skipping and try diet nasi just try makan-makan lauk je. Hope berjaya! Bukan apa, aku dah mula dok pk bila aku boleh pakai peplum, kebaya semua dengan peha besar gabak ni kan? So aku setat dengan skipping dulu 100x everyday. Tapi kaki dah start sakit, but aku ni jenis kalau dah stop memang takkan buat dah, jadi aku teruskan jugak skipping walaupon kaki sakit maybe kaki tu terkejut la sebab 1st time buat 100x kan? Aku rasa lama-lama akan okay sebab dia dah tau jadual dia kena skipping. Pasal nasi pon aku kena mind set taknak makan nasi,sebab bila aku dah start makan nasi, habislaaaa memang aku akan makan dengan jayanya. So aku kena avoid nasi sampaila badan aku betol-betol turun sampai 50kg. Target tu. Yela,nanti nak tawen susah. Orang pakai baju tawen antek-antek kita pakai baju nampak mok-mok *gedik kan?yesss saje nak gedik. Aku selalu cakap gitu dengan Ajeem and dia pon melayan. Dah dua-dua jadi ngok kejap. Makanya aku meminta kalian-kalian tolong doakan aku berjaya dalam proses mencantikkan diri,menguruskan diri dan membersihkan hati yang ada kotor-kotor ni hokey? Tengs.Love and hugs.

Tuesday 12 February 2013

Reti Belajar Hormat Orang Tak?

Salam. Entry untuk bulan February yang tajuknya sangat laa annoying. Bhahah! Well sorry for late updating my bloggie. Sorry bloggie lil munchikin!

Ekceli something happend laa last night, bosan betol cuti-cuti ni orang kacau mood holiday aku. Ahaks. Haa as yolls noe laa hakak ni memang takde facebook mahupon twitter tapi ada instgram je sebab aku suka amek gambar sendiri. Aww! Tapi aku cukup hangin dengan sorang mamat ni. Yang macam tak reti bahasa gurau ke, serius ke. Paling aku menyampah tetibe nak tacing tak bertempat lagi best aku kena sound. Padahal boleh je nak whatsapp bagitau jangan komen yang menyentuh hati kan? Alah, asalnya aku komen apesal tak hajak makan luar.Tu pon nak serious ke? Pastu dia balas "haha nanti ada duit kita g makan sama eh" okay la kan? Padahal aku takde laa heran sangat pon n tak amek port langsung hal keluar tu. Macam laa selama dia dengan aku, RAJIN ajak aku keluar kan? Dah tu aku just kata " alaaa yelaa, tengok wayang tak ajak, makan pizza pun ajak" serius ke bunyi komen aku tu? Bhahahaah! Macam serius gila je bagi dia. Pastu nak reply dia orang miskin bagai. Hello bro, aku sikit tak kesah pasal duit tapi takyah laaa nak sound aku kat komen instagram tu haa. Selama ni kau komen gambar aku tak hajak kau keluar, takde pon aku nak tacing macing dengan kau plak kan? Tetibe nak emo pasal duit, alasan bodoh dia bagi aku, dia sunyi sensorang 2-3 hari ni. Member malas nak layan. Apa benda tu?? Ada kaitan ke duit tu dengan aku? Dia pernah bagi stetment kat aku dulu, kata kawan-kawan dia ada jee time susah, aku ni takdee time dia susah sebab tu aku kena layan macam ada dengan takde je. Skang kau susah member pon malas nak layan kan? Dah tukar stetment ke bro? Alahai. Kesian la. At least kalau kau dah pernah buat palat dengan aku, respect aku laaa sikit, benda ada whatsapp or message tak boleh cakap kau tacing kat message ke? PERLU nak komen kat instagram tu macam tu? Pastu reti whatsaapp aku kata aku plak macam malukan dia kat instagram sebab sedara, atok nenek sepupu sepapat kau baca aku komen? Yang kau mereply sound-sound aku tu tak adik sedara mak bapak sepupu sepapat aku baca plak kan? Macam instagram tu keluarga kau je ada? Kalau rasa tak puas hati private laaa chat dengan aku. Toksah nak poyo sembang kata kau miskin bagai laaa sebab aku tak hadap sesen pon duit orang. Sebab aku berkoje, bukan mintak sedekah. Haa kan tak memasal kena dengan aku awal-awal bulan feb ni. Pikir sikit orang lain, pikir sikit orang lain lagi banyak masaaalah takde pon nak tulis komen bagai macam kau.

Haa ni cter lain plak. Semalam kan cuti Raya Cina, so aku spent time dengan family and Ajeem. Lama tak lepak dengan dia. Makin ensem plak mamat ni skang. Kiteorang pergi DESA WATERPARK beb. Tapi macam spoiled gila laa, sebab double tube habis dalam desa waterpark tu dah macam sardin dah. Aku mandi kojap pastu malas dah sebab serabut alam and panas gile. So aku sangat takot kena sunburn makanya aku lepak jela dengan Ajeem kat tepi tu sambil minum air and cuci mata pompuan seksi. Ahahaha. Haa ni sikit je gambor. 1 jer kot gambar nya sebab panas and aku punya mood malas nak amek gambar ritu.

Sorry Jeem kidnap gambar kite! Btw nice shot la jugek dia hamek.
 
 

Wednesday 30 January 2013

Nota untuk NUR ALIYAH JANNAH

Kehadiran Nur Aliyah Jannah ni memang dinanti-nantikan oleh mama Jannah ,ibu sendiri dan Ayah Jeem. Even ibu bukan la mak kandung Jannah tapi ibu happy gila bila dapat tau Jannah "ada" dalam kandungan mama Jannah. Jannah tau tak mama Jannah excited gila bila dapat tahu dia mengandung sama macam babah Jannah. Ibu selalu cakap kat mama Jannah, if Jannah lahir ibu nak kendong Jannah sebab ibu pun excited gila. Nak tau kenapa Jannah special? Sebab Jannah 1st anak buah ibu, sebab tu ibu nak gelarkan ibu supaya kita rapat selalu. Hari-hari ibu call mama Jannah nak tau perkembangan Jannah membesar macamana padahal baru je 2 minggu Jannah "ada". Heheh. Ayah Jeem pon selalu tanya pasal keadaan Jannah, time tu kami semua tak de la bagi nama kat Jannah lagi  cuma panggil baby la, sebab kami tak boleh scan tengok Jannah sebab awal gila. So Jannah pon tak terbentuk sangat waktu tu.

 
Satu hari, mama Jannah call ibu.. dia menangis. Ibu pelik la kenapa dengan Mama Jannah ni kan? So bila ibu tanya rupanya mama Jannah bgtahu ibu yang Jannah dah tak ada. Gugur dah. Ibu sedih gila tau sebab tak sempat nak ada anak buah pertama kesayangan ibu. Ibu pergi jumpa Mama Jannah dengan Babah Jannah nampak mama Jannah sedih sangat, Babah Jannah lagi sedih sebab babah Jannah happy sangat dulu. Ayah Jeem pun sedih sebab kiteorang tak dapat tengok Jannah lahir. Tapi takpelah, bukan rezeki Mama Jannah dengan Babah Jannah kan, dorang redha la insyaallah. Jadi kami semua abadikan nama NUR ALIYAH JANNAH khas untuk Jannah supaya kami sentiasa ingat yang Jannah pernah wujud dan ada walaupun sekejap. Mama, Babah, Ibu dan Ayah Jeem sayangkan Jannah. Goodbye Nur Aliyah Jannah dan Al-fatihah khas buat kesayangan ibu.

Tuesday 29 January 2013

Psst..Aku Kaki Camwhore.Hik3

Salam semua.

Ni salah satu gambor syiok sendiri.Kbai


Ehem. Sesapo yang ada instagram aku mesti aku, aku ada satu perangai perasan gilos. And yeah aku seorang camwhore. Hahah! Ekceli tu perangai and hobi aku laaa. Klakar gak member-member selalu bahan aku amek gambar sendiri. Boleh kata aku suka laaa buat muka kalau kat camera, tak dela aku malu sangat time aku bergambor sendiri. Miahahah. Aku sogan nak suruh orang amek gambor. Dalam otak aku, baik aku hamek gambor sendirik. Well, ramai je perangai cmtu contoh macam retis even ct nurhaliza *pewwit idola aku pon hamek gambor sendiri, mana yang suka ngomen kata geli nak tengok gambor amek sendiri tuewww jelessss sebab memang dia lawa and dia suka amek gambor sendiri biaq p laaa kat dia. Kalau cam aku, aku bukan retis so tak de laa beriban-riban followers nak nengok gambar syiok sendiri aku. Kekadang aku ni jenis tak yakin dengan penampilan aku, contoh kalau mata aku merah sebab sakit, aku tak kompiden pakai spek. Tapi depa kata aku elok je pakai spek, serious aku less kompiden beb. Macam baju ke, seluor ke, tudung ke memang aku tak reti pilih sebab takot tak kena, so dengan cara amek gambar sendiri ataupon berdiri 1/2 jam depan cermin untuk aku tau cemana ghope aku kalau aku pakai spek ke hapa ke. Aku lagi kompiden pakai lens, tapi ada gak kengkawan cakap aku sesuai pakai spek. Tah tatau aku! mata orang kannn? Apa boleh buat.Ekekek!



Haa yang ni gambor yang member amek. Tak setai langsong ghasenya
 
 
Macam make up laaa kan, aku memang tak reti sangat nak make up campur colour tu la ini laa sebab takut jadi tepong gomak certain orang muka depa tak de lawa mana tau, tapi sebab dorang kompiden touch up sana sini, sekali make up perghhhh! cantek sey macam retis korea. Aku? hampeh memang tak reti sungguh. Malam annual dinner tu pon aku memula letak celak dengan bedak nipis and blusher jer pong. Member aku bising sebab aku make up "biasa" jer. Bagi aku dah luar biasa dah tu sebab aku selesa gitu kan? Sekali member aku touch up sana sini, okay la "luar biasa" sikit laa dari makeup nipis aku. Cuma rasa berlapis 3  lapis laa bila kau letak banyak sangat benda-benda make up itueww. Aku ade masaalah ni sebab dulu aku ni tembam and tak setai pon. Dah besau-besau ni la baru reti sentuh make up, pakai celak la hape laaa, getik betoi aku skang kan? Miahahah!

Macam dari segi baju or fashion seriously aku langsung tak reti and bak kata adik 2nd aku, aku tak up to date tapi bukan laa melampau-lampau pakai spek besau gajah pastu makeup macam gomak tu. Aku reti la cuma tak follow laaa baju-baju trend baru memandangkan badan aku agak chubby kan so jangan berangan la aku nak pakai puplum ke, legging ke berpesen pesen tu memang tak kena la. Aku kekadang g jenjalan memang aku nampak even orang tu XXL size or more depa sangat reti hokey ikot fesyen, lawa n kemas gila plak tu! Aku? hampeh bunyik macam loser gilos. Nak beli baju pon kena mintak tolong adik aku pilihkan, mama aku pilihkan, balak aku pilihkan. Lahai mau dorang tak bebulu nengok aku tak reti milih. Kadang-kadang nak pilih tudung pon kena suruh mama or adik aku tengokkan. Itu la salah satu reason aku jadi camwhore @ syiok sendiri. Nak tengok lawa ke tak aku makai segala mak nenek tu.

 

Ni aku pakai spek, so aku rasa macam tak best pakai spek sebab
less kompiden,makanya aku terai
amek gambau dalam 5 snap kot nak
kompem kan okay ke tak aku pakai spek.

Monday 28 January 2013

Madu dan Racun mana pilihan kau?

Salam dan selamat pagi guys!

Today aku nak share something yang aku rasa penting untuk seorang pompuan atau seorang lelaki untuk mengenali mana satu lelaki jenis JANTAN atau pun perempuan jenis BETINA. Well kasar kan ayat? Bukan la maksud aku nak main kasar plak kat blog ni. Ni just sharing pendapat and kalau korang nak baca, baca lah. Kalau rasa macam nyampah ahaaa, toksah bace.

Okay, memandangkan mood-mood February tu cengkonon dah dekat *aku tak sambut belentine tu! So aku banyak sikit nak stori tentang cinta. Korang penah investigate tak tentang siapa pakwe atau makwe dalam hidup kau? Selama ni kita percaya je apa cakap pakwe/makwe kite kan? I LAP U, U LAP ME tapi betoi ke lap u too tu? Kekadang kita ni ada banyak pilihan dalam hidup tau, cuma kita ni buta kalau tak buta pon rabun sebab tu la orang cakap cinta tu buta. Buta bukan maksud paras rupa ke hapa ke tapi buta nengok perangai.

Kau kekadang tak nampak orang yang betul-betul nakkan kau dengan orang yang hanya suka kau sebab kau lawa ke, kau hot ke, kau meletops ke pastu bangga sebab itu je, bila time kau dah buruk, dah layut dah jadi cacat ke apa ke sikit pon dorang macam endah tak endah. Endah kau tapi untuk perkara yang penting je. Bila kau ada memacam problem nak pikir, depa kata kau sengaja nak cari alasan or cari point nak uji or cheap attention or dia akan cakap kau suka create something contoh macam dalam filem,yang pompuan pura-pura mengandung kengkonon nak suruh dia kawen cepat dengan kau or nak ugut duit, or si lelaki akan kata si pompuan sengaja reka cter kau preggy ke atau pon preggy anak sape tah sebab malas nak tanggungjawab, pastu hina pompuan tu sengkek ke sebab nak duit. Boleh ke cmtu? Well setau aku la, memandangkan pada situasi skang, memang jarang-jarang la kita nak cari spesis perempuan/lelaki betul-betul suci murni hatinya *bukan tak de, ada tapi susah gila nak cari even aku pon tak dapat lagi lelaki yang betol-betol suci hati nakkan aku. So macam lelaki jenis-jenis macam ni senang la kan? memang la dari sudut ugama dua-dua salah sebab dua-dua gatai sangat. Tapi kena ada rasa tanggungjawab la. Ni kau dah same-same gatal, so kalau jadi something, jangan la kau nak blame-blame orang or kau nak kata tu cheap attention beb. Thats not good la. Benda-benda lain kau pandai, tak jadi macam ni kau nak calo kan? Ni memang khas untuk lelaki la.

 
Yang pompuan jangan laaa plak nak terlebey attention sampai nak amek kesempatan, mementang laaa bopreng kau anak dato ke, anak tan sri ke kau dah sengkek tak de duit, kau sangup reka cter kau preggy plak pastu ugut-ugut, tak pon kau dah gatai nak aniaya anak lelaki orang, kau kata tu anak bopreng kau padahal bukan macam dalam cter Adam dan Hawa tu, si Dee tu haa! Thats not good beb. Kalau kita sengkek cmne pon ilek kata sudeyh, kau koje memana lagi baguih. Kang preggy bebetol baru kau tau? Nak ke??? So pikiaq sikit la, kena batang hidung kau baru kau tau langit tu tinggi ke rendah. Kalau kau tengok scene kat drama-drama tu aishhh, geram nengok nyaaaaa tau! Aku bukan la cakap based on pengalaman aku sendiri , tapi menjadi pendengar masaalah pada kawan-kawan yang banyak jadi camni, aku rasa aku patut remindkan pada diri aku sendiri and korang. Aku rasa kesian tak kesah la pompuan ke lelaki. Korang kena hati-hati la memilih awek/pakwe takot kau terdapat plak laki jenis JANTAN or perempuan jenis BETINA. Contoh la kau perempuan la, kau ada rupa, kau ada kerja bagus dan kau banyak pilihan untuk offerkan diri jadi teman hidup kau dan dalam banyak-banyak tu ada salah seorang yang betul-betul akan sayang kau, cintakan kau walau macamana keadaan kau, buruk mana perangai kau sebab dia betul-betul nak kan kau. Tapi kau tak pandang pun dia, kau pilih orang lain yang hanya memula je "NAMPAK" sayangkan kau, cintakan kau, beria nakkan kau tapi bila dia tau problem kau, dia nampak kekurangan kau, dia mula menjauhkan diri walaupon nampak macam dekat atau secara fizikalnya nampak bahagia. Butakan hati manusia kadang-kadang? No wonder skang orang cerai tu perkara biasa sebab sebelum kahwin nampak semua best tapi lepas kahwin, baru tau siapa dia sebenar. Fikirlah sebelum memilih, kadang-kadang bukan orang yang menonjol "CINTA" kan kita tu sebenarnya lebih dalam cinta dia compare pada orang yang terover "TUNJUK" cinta dia tapi sebenarnya hampeh. Not all but mungkin apa aku cakap ni betul tapi tak refer pada semua.

Thursday 24 January 2013

Friday Belus!

Salam..

Arini rasanya mood Friday belus kot sebab semalam cuti Maulidur Rasul. Urgh bosan bosan. Dah tu pepagi dapat panggilan call dari member yang mengadu masaalah sikit sebanyak macam efek mood aku di Jumaat yang mulia rini.

Citer member tu camni..

Aku fahamlah kekadang bercinta ni ada pasang surut, kadang-kadang tengah bahagia terlupa nak beringat. Jadinya terjadilah something yang tak diingini, si kawan aku ni jatuh sakit, sakit teruk pulak tu. Bf dia tu tak de la teruk sangat-sangat kekadang amek gak berat, tapi jenis bf dia ni tak reti nak faham and tak reti sabar langsung. Asyik keje nak paksa n push je awek dia ni, biasala ingatkan makan ubat tu, tapi beza kan suruh elok-elok dengan push-push makan ubat sampai orang tu tertekan? Dah la orang tu tengah terseksa sakit, bf dia boleh plak macam nak paksa buat itu ini. Come on lah, kau tak rasa sakit boleh laa paksa itu ini. Dia pun tahu jadual makan ubat dia camne apa semua, pastu macam nak push awek dia cepat sembuh tu kan kuasa tuhan, mana boleh paksa-paksa benda tu sembuh cepat ke lambat. Awek dia dah try macam-macam ubat, tapi belum lagi tuhan nak bagi rezeki sembuh nak wat cmne? Aku pon kesian dengar citer member aku ni. Aku geram gak dengan bf dia yang sikit pun tak mau faham keadaan orang lain. Tolarate la sikit! Bila aku tanya bf  dia, bf dia kata dia risau habis tu pompuan tu tak risau ke sakit dia makin teruk? Nak tahan sakit lagi, nak kerja lagi, tekanan tempat kerja lagi, efek ubat lagi. Dia boleh la cakap kesian, itu ini tapi time paksa awek dia, tak de pon perasaan kesian tu?

Kawan aku tu bukan la jenis orang kaya sangat nak buat operation mahal-mahal macam saranan bf dia tu. Dia nak pergi klinik pon kena tunggu gaji, apa semua. Nak guna medical claim, dia baru je keje sama lebih kurang macam aku. Kalau aku pon rasa sengkek gile. Paling aku kesal dengan perangai bf dia ni, time awek dia susah macam-macam alasan dia bagi kat awek dia. Paling best dia boleh cakap kat awek dia, dia was-was sebab awek dia makan ubat macam-macam tapi sakit tak baik-baik jugak. Dia boleh bantai cakap awek dia saje nak klentong dia pasal sakit sebab nak attention? DAMN gila! Gila apa nak attention main tipu-tipu sakit teruk sampai 50% antara hidup dengan mati beb? Cuba dia pk sikit, time bersenang-senang dengan awek dia, dia mintak topup la, belikan itu ini dia tak de duit, sakit pon keluar gak belikan untuk bf dia. Ni bf dia time awek dia sakit, boleh kata macam tu? Jenis apa lelaki macam ni? Kau masa budak tu sihat, ada duit bukan main lagi. Time dia sakit, tak de pon kau nak g jenguk dia ke apa ke kan? Pasal benda-benda lain ade je duit. Lepak la, nak g jalan la, ade jee duit. Time untuk awek kau? kau boleh cakap cmtu? Menangis la kawan aku ni sebab sedih. Aku bengang la jugak, suppose kalau kau dah menyampah sangat kat awek kau tu, tak PERLU la kau nak kata cmtu kat dia. Kalau kau tak nak bersama dengan dia waktu-waktu sakit, kau blah jer, cakap dah tak tahan dah nak tengok dia sakit. Tak payah nak cakap orang tu tipu ke apa! Nampak sangat memang tak bertanggungjawab. Macam tu ke kata nak ajak member aku kahwin?kalau waktu dia sakit sekarang pun dah merungut, paksa buat itu ini. Kang kau paksa dia makan ubat tu ini, jadi sakit lain plak, kau ada duit ke nak tanggung perubatan dia?? Kompem aku kata TAK DE!
Aku cakap kat kawan aku, tak payah laa nak bergantung harap pada bf dia tu. Putuskan jelah, dari bersama dengan orang yang sanggup tuduh kau macam ni. dia still ada family, ada adik beradik. Aku pesan walaupon susah camne pon tabah je, dia masih ada family and kawan-kawan yang nak support dia. Thats all. Hope kawan aku tabah lah walaupun menderita. Insyaallah aku sentiasa disisi kau beb!

Wednesday 23 January 2013

Annual Dinner Deleum 2012

Aha! Salam kepada semua readers..*kalau ada orang sudi baca ler

Sementara nak tunggu waktu-waktu balik ni dengan boss tengah takde, so aku berpura-pura sikit membisi kan diri menulis belog lah. Lupeee nak setori kat korang aku g annual dinner 1st time dalam hidop aku weyh! *jakun kan? abaikan...

So tahun lepas 19 Nov 2012 aku baru laa masuk koje kat field yang paling aku suka Oil And Gas yaww, rejeki aku akhirnya lepas seminggu abes pekse terus dapat koje kat Deleum. Tak cukup murah lagi rejeki, dapat plak gaji suku and dapat pegi annual trip. Fulamak, aku punye heksaited kemain lagik. Iye laaa sape tak heksaited nak pergi jenjalan. Aku memang kaki berjalan beb, kau offer la aku nak g mana, kompem aku semangat! Tahun ni kompeni aku bawak g Melaka jer, okay laaa dari tak pegi langsong kan? Makanya aku drive kete dari KL ke Melaka bawak 3 orang kawan baru aku, Nida dah macam kakak aku dah, si Alice kawan cina aku yang sangatttt sporting n understanding dan Mira. Gerak kemain semangat dari KL pukul 9.30 pagi nak ke Melaka, padahal check in kul 12 tgh ari. Okay laaa sampai ngam ngam. Tema annual dinner dia, Glemerous katanyaaa sesuailah dengan aku ala-ala jah glemer ni kann.ahaaiiii. Prepare ler aku dengan jayanya membeli gaun malam warne maroon. Nak tengok gaun? haaa kejap lagi ehhh. Kiteorang lepak kat Philea Resort perghh not bad la weyh sana, dah macam dok kabin dah but enjoyy.

see nampak tak bilik aku? yang pompuan tu Alice
 
 
Aku dok sebilik dengan Alice, sebab aku selesa gila lepak dengan dia. Dia memang sempoi gile laaa memang paham orang melayu cam kita semua punya adat and also dia tau pasal islam sikit-sikit. Well Alice, im proud of you lahhh!
 
 
Abaikan kalau aku nampak gemok kat sini sebab baju okay!
 
 
Amacam? cantek tak Philiea Resort ni, osem kan? Kalau korang nak honeymoon ke hape ke seswai sangat lah. Pastu ada la lagi gambar. So korang jangan muntah okayy tengok gambar-gambar gemok, buruk aku ni. Hahah!
 
 
Ni time kiteorang lunch sesampainya di Philea Resort tuh
Yang ujung kiri tu Mira tengah tu Nida
 
 
Akhirnyaaa tibe laa mase bermekap macam prom queen aku malam tuuu, Malam annual dinner yang super meletop *bunyi macam Neealofa okeh! Sila muntah and enjoy the gambar. Thanks
 
 
Aku macam biasa kat tengah takmo kaco line
Aik?Mira tu yang pakai baju hitam dah tanggal tudung.Opss!
Sangat mengikut tema gamaknya.
 
Haa aku yang macam alalalala Ayu Raudah gitueww!
Sebelah aku, Aliceee!
 
Pewwitt,ni aku okay? Super Pendek!
 
Okay bersama 2 orang gojes ni.
Nida, you sempoi sangat,pakai baju tunang!
Kerlas and sempoi.
 
 
 
Rase bile makeup tetebal ni macam PENANTIN pulak kannn! Ahaaaa. verangan sangat kann! Okay tu jer nak share gambar. Saje nak show off. Ahaks. Bye semuaaaaa

 

Tuesday 22 January 2013

Zaman Kekanak

Aku memang seorang anak yang degil, bukan saje degil, dah tu nakal plak tak cukup dengan nakal mengada-ngada plak tu. Haa tu la aku dalam keluarga perangai ngalahkan lelaki! fuihhh, mama aku nak jaga aku macam jaga 10 orang anak lah. Bayangkan la aku punye degil tu, apa yang mama aku kata jangan, tu laaa yang aku gatai nak buat pastu balik rumah kena kutil tak pon kena sebat dengan bulu ayam. Terbaik kan? Compare aku dengan adik-adik aku, aku paling kuat memberontak kalau tak dapat barang, orang tetua kata anak sulung banyak perangai cmni betol ke idok aku tatau lah.

Mama aku selalu cakap aku ni kuat berangan, time zaman aku kekecik dulu zaman cter Maria Mariana, punya laaa aku dok suka kat Ziana Zain tu sampai belajar angkat kening haaa kau! Kan si Mariana tu suka sangat marah sambil angkat kening haa padan laa aku ngikut sikit perangai si Mariana tu. Aku tak suka sangat watak Maria tu, macam bajet-bajet baik laaa. Dia kena la brutal sikit macam Mariana baru thirll. Bhahaha! Tak cukup belajar angkat kening, aku belajar naik besikal. Kalau korang hengat laa si Mariana ni kan ado motor besar, ahaaaaa aku punye berangan laaa naik besikal tu pakai helmet bajet berangan naik motor besar macam Mariana, Besor sungguh efek cter Maria Mariana tu kat aku ekpesiali watak Mariana.

Dulu rumah aku kat Johor ada kolam ikan tau, aku ingat dulu soming pool boleh berenang-renang, eksitet dulu tak pernah mandi soming pool makanya sejak ayah aku buat kolam ikan yang aku sangkakan soming pool tu, hehari aku rajin masuk dalam kolam tu dan menyebabkan banyak spesis ikan emas mati sebab aku picit. Kesian ikan-ikan tu tak memasal. So, mama dengan ayah aku sangatlah bengang sebab hari-hari aku masuk dalam kolam basahkan baju. Time tu aku geng dengan adik lelaki aku. Memang trio sangat laaa waktu tu. Pantang parents aku takde or busy, aku pon dengan adik aku busy terjun dalam kolam ikan tu pastu haaaaa basah laa kan?Kantoi bodoh laa kat situ aku masuk dalam kolam picit ikan sampai mati. Dalam setaun tu, aku rasa banyak kali gak la aku tengok ayah topup ikan baru lepas ikan-ikan dia mati aku picit. Kalau ikan tu terapung, aku buat tatau jela buat derkkk je sebab bajet macam tak salah. Dah ajal ikan tu kan? Nak wat cemana...

Aku ingat lagi zaman sekolah Taman Universiti 1 dulu, aku ada 2 orang kawan baik nama dia Afiq and Fatin Nabilah. Dari kecik beb kiteorang kawan, tapi bukan time baby la. Aku still memember dengan dorang. Yang Afiq tu, dah sampai ke Ostolia dah belajar jadi cikgu bahasa inggeris si Fatin skang sama je koje macam aku, keje opis dan disamping tu dia jual leggings gitueww! Rindu gile time sekolah dulu kalau tengah hari je mama aku akan masak makanan tengah hari, same laa dengan mak2 dorang berdua tu, sementara nak g sekolah ugama kiteorang makan sesame kat kantin belasah jela lauk mama masak tu kannnn..pastu pegi sekolah ugama sampai petang. Dah balik petang g mengaji plak dengan Afiq. Malam macam biasa dok rumah tak pun kekadang lepak rumah Afiq sambil main Journey To The West-citer drama buddha alahhhh masa kecik mana laa nak tau sangat benda-benda ni. Cter nya kan macam banyak monster-monster pelik, monyet laa, naga la, setan itu ini. Tapi serious best! HAHAHAHA. Dan disebab kan cter tu laa aku skang study part time perbandingan ugama. So aku tau all sejarah pasal Journey To The West tuuu! Kemain cter beria lagi aku yer.

Ekceli aku nulis ni sebab aku rindu gile waktu-waktu kecik-kecik dulu. Bukan apa, best sebab kita free nak buat apa pun. Skang dah besar, tingkah laku kena jaga dah jadi anak dara katanyaaaaa. Dah doploh pat taun dah ponnn aku ni, dah boleh kawen. Semua kena jaga dik non oi. Itu jer kot aku ghase nak share pasal zaman kekecik aku ni.Nanti ada stori aku sambung k! Kbaai. Salam.



Ni laa adik aku segeng dengan aku dulu. Dah besau dah kiteorang!

Monday 21 January 2013

Majlis Resepsi Aku

Salam and good afternoon!

Alhamdulillah akhirnya ke jinjang pelamin jugak aku. Dapat tengok pelamin yang tersergam indah ala-ala Khairul Fahmi punye pelamin. Tema untuk majilis kawen warna silver, barang-barang hantaran semua dah siap sedia. Thanks encik Tunang! Bila dah dekat-dekat hari nak jadi isteri ni, berdebor-debor plak ghase. Malam ni majilis berinai, insyaallah encik tunang akan datang jugak la bertandang. Esok pagi dalam pukul 10, akad nikah kat Masjid Shah Alam. Aduh berdebor-debor la. Aku rasa malam ni kompem tak boleh tido sebab nervous sangat kan! Aku belek-belek baju lace putih ni, rasa sayu pulak, yelah lepas ni aku bukan milik ayah lagi. Aku dah jadi milik somi aku. Selama doploh pat taun aku duduk dengan family, ni la anak yang paling manja, degil dalam family. Tup tup aku dah nak kawen dah. Tak boleh memanja dengan dorang. Huuu..sedeyh! Okay aku drafkan kejap sementara nak tunggu malam berinai.Nanti aku update.

Okay, dah settle malam berinai. Inai dah kering, merah meletop haa tangan aku. Baru ada feeling-feeling nak jadi pengantin esok. Encik tunang pun datang melawat tadi, tapi tak boleh usha lelama nanti feel eksited tu takde plak. Aku buat-buat jual mahal malam tadi. Kan betul aku kata, aku tak boleh tidoq malam ni, punya eksited tahap gaban punya. Perangai aku kalau eksited memang jenis tak boleh tido. Bila dok pikir-pikir balik hensem jugak tunang aku ni, time nak kawen baru perasan bakal somi aku ensem?cettt!

Aku buat 3 resepsi perkahwinan, satu kat rumah aku sendiri 2nd kat rumah bakal somi dan 3rd kat hotel. Alhamdulillah rezeki, tapi letih laa gak kan nak buat sampai 3 resepsi almaklumlah ramai kengkawan. Lelain tema plak tu, ikot jelah dah pilihan family memasing. Yang sorang anak sulung. yang sorang lagi anak bongsu kan kompem nak meriah riah punye. Hope everything berjalan lancar.Amin.

KAKAKKKKKKKK!!!!BANGUN DAH PETANG!

Adoi, kacau laaa sapo menjerit-jerit petang-petang ni?syiok-syiok mimpi dah settle baju kawen bagai.Hadooo! Rupenya mama aku spoilnya mimpi-mimpi indah aku! Bermimpi disiang hari...kemarauuu panjangggggg......*lagu sharipah zarina plak.

Semenjak dua tiga menjak ni, aku asek bebenor berangan nak kawen. Yolah, kau tuu pompuann kan? Umor doploh pat taun dah, tua bangka tapi belom ada jodoh nak kawen. Sape tak jeles weyh, cousin-cousin bebaya aku semua dah bertunang la, nak kawen ujung taun laa.. lahai jeles kak jah oi. Nak amek feeling kawen tu haaa nengok la Raikan Cinta kat astero ria tu. Amboiih kemain kerlass kau, kawen meriah siap ada raptai-raptai lagi. Aku ni boleh berangan jela, teringin nak kawen gitu tapi alahai, doet doet doet! Belum hade lagi. Alhamdulillah rezeki baru setat keje kan, boleh le ngumpul sikit-sikit nak kawen tu. Tapi nak kawen happening-happening tu tatau ler kan, tapi orang kata rezeki ni kat memana je, buat-buat kau menang hadiah tajaan perkahwinan kat hotel 5 setar, perghhhh berjurai ayaq mata cheq ni terharuuuuuu kalau dapat tajaan gitu.

Dapat mimpi pon dah terharu bagai kan? SAH SAH SAH SAH!aku gatai nak kawen, doet dah ado?jawapan dia simple, TAKDE! Nak tunggu anak raja?memang tak la cter dia,muka tak lawo berangan nak anak raja,anak dato. Makanya lupus dulu berangan nak kawen dulu, beli rumah dulu pastu beli kete pastu last baru kawen. Boleh? Korang doalah aku cepat sampai jodoh.pastu dapat rezeki terpijak tajaan kawen plak. Ahaiiii seronot seronot! Okay, aku dah blushing!kbai

Eh ingat aku tadi. Sorry salah gambar, ni gambar kak Ayu Raudah.


Your Are Unexpected!



Pernah tak korang rasa sunyi bila pakwe kau buat bodoh dengan kau? Mesti kau rasa pakwe kau ni macam dah bosan dengan kau kan? Yelah, pakwe kau sibuk dengan kerjaya, sibuk nak melepak dengan kengkawan. Opkos kau rasa pakwe kau ni annoying gila kan? Pastu kalau kau whatsapp, mesej dia panjang macam karangan sebab nak attention pakwe kau tapi pakwe kau buat bodoh and jawapan dia memang buat kau rasa lagi bebulu dengan dia. Kesian..

Kau tulis SMS panjang lebar pun pakwe kau still buat bodoh sebab pakwe kau pon tacing dengan ayat-ayat yang bagi kat dia. So dia pon akan diam and diam sampai pagi. Kau buat apa semua pakwe kau buat tatau je dengan kau. Call pulak? HAHAHAH jangan kata hari-hari, seminggu pun kau jangan harap nak dengar suara pakwe kau. Apa kau rasa? ada rasa macam nak feeling-feeling mohabatien tak dengan bopreng kau? Jumpe? Kalau dah call payah, jumpe lagi payah padahal bukan jauh bebenau, KL-Selangor je tak de sampai 3 pat jam kau nak duduk dalam kete kan? Menanges laaa kau menyesal kenapa dapat pakwe macam ni ghopenya lepas berkapel. Ahaks.

Yang bopreng kau pulak, jenis sensitip, manja kalau mood manja datang pastu senang mengalirkan airmata. So dalam tulisan karangan kau tu mesti ada word yang buat pakwe kau rasa down to the earth gila-gila *kejam doh ayat kau! Even bopreng kau memang high class depan memember, sorang pemberontak no 1 dalam kompeni, seorang yang jenis klakau gile dengan budak opis n dengan memeber tapi bile dengan kau dia jadi lain. Dia jadi macam blur katak, pastu koje diam je plak senang cter macam bosan la bila tengok muka tenuk kau kalau time marah. Mesti kau rasa kau KALAH dengan kawan-kawan dia or memeber opis dia kan?

But one thing pasal boreng kau yang kau sendiri unexpected bila kau betul-betul perlukan dia, memang kau rasa time tu sakit sangat dan kau berharap walaupun dia perangai macam aku nyatakan diatas, tapi kau harap dia akan stay menjadi bopreng kau dalam keadaan sesusah mana pun, dia still stay dengan kau. Kau pernah expect tak yang bopreng kau selama ni buat bodoh dengan kau, jarang call kau, jarang jumpe kau, hari-hari gaduh dengan kau, dengan kau hari-hari pikir dia tak pedulikan kau sampai kau give up dengan dia, rase nak putus je sebab terseksa cengkononnya, akhirnya dia juga la yang ada waktu kau betul-betul perlukan dia. Dia jadi orang yang sangat-sangat risaukan kau, sanggup buat kau lupa kejap masaalah walaupun dia selalu pikir problem tu? Kau expect tak yang bopreng kau tu sayang gila kat kau walaupun kau banyak buat masaalah dalam kepala dia, walaupon kau pernah down to the earth dia sampai dia sendiri malu gila sebab pikir diri dia loser? Dia takde ungkit-ungkit kisah lama, tak de pun nak down kan kau walaupon kau pernah down kan dia. Dia memang UNEXPECTED kan? Orang yang kau fikir mungkin tak layak untuk jadi somi kau, bopreng kau sebab perangai dia tu bagi kau teruk gila and tak kena langsung dengan taste kau yang selalu nak PERFECT tu?

Kau patut belajar menghargai bopreng kau walaupon dia mungkin takde waktu-waktu biasa, waktu-waktu nak bergayut, waktu-waktu dating or bla bla bla. Tapi most important dia ada disisi kau waktu kau betul-betul perlukan dia dan dia ada untuk tunggu kau. Belajar menerima dan belajar memahami perangai orang lain. Mungkin kau dengan dia macam langit dengan bumi tapi tak semestinya langit dengan bumi tu takkan bersatu. Ecewah. Kekadang kita tengok orang yang berkepit, bahagia manjang, bersodap-sodap manjang bersama bopreng time kau susah, berdesupppp lariii bai! Bye bye laaa aku tak de masa nak spend time or nak stay dengan kau. Time tu dia akan down kan kau kaw kaw punya.

Sape suruh miang sangat dengan aku? Aku nak duit kau jer.

Sape suka kau?muka macam buruk, perasan lebey. Aku just suka body kau jer. Muka kau stock letak kat tandas jer la!

Ade okay mamat-mamat mulut puaka ni. So don't judge ur boyfie tu as easy as that jela. Better kau kena uji nak tengok dia sayang ke tak dengan kau. Kau pon takkan expect one day kau sakit menunggu hari nak mati ke, or kau ada masaalah besar ke or kau accident sampai cacat muka kau, or lumpuh tetibe bopreng yang kau meluat ni laa datang tolong kau and teman kau hadapi waktu-waktu sukar. Please think it twice.