Tuesday 26 March 2013

Logik Kah?

Salam semua.

Lama dah tak mengupdate ye belog ku ini. Bukan apa, aku bertambah bisi lately ni kan pastu idea pon tak banyak nak ado. Aha, yang penting rini bukanlah Monday belus macam biasa rini dah hari Rabu dik non!Makanya jadi Wednesday Blues la ceghitanya sebab aku terasa malas nak poie koje arini sebab tengok mak aku dengan adik aku cuti sekolah. Fine!

Dalam mood Wed blues arini, aku sesaje laa bukak youtube dengan lagu melatop tahun 1990'an gituew kalau Mesia time tu zaman pertengahan/akhir rock kapak n zaman awal pop lah. Maka banyaklah mat-mat jambu berkumpulan a.k.a BOYBAND macam Boyzone, Backstreet Boys, Nsync, Westlife, Blue, Spice Girl.. yang lelain tu aku tak berapa nak hingat sangatlah nama yang aku tulis ni pon sebab aku minat depa dan depa la paling melatop pop pop pop time tu uolls. Tengah scroll,scroll kat youtube tu, tau Cik Jah jumpe apa dik non? Jumpe video Michael Jackson. Aik, ape pasal Michael Jackson? Jakun? Aha, tak de laa bagi hadik-hadik yang tau tu tak pe la, yang tak tau Michael Jackson ni lagenda pop yang terkenal dan dihormati. Terkenal dengan aksi-aksi moonwalk nye, dan akhirnya mati dalam keadaan tragis.


Dalam life kita ada je masa turun naik, bak kata orang "Karma" macamtulah life orang-orang yang terpaksa hidup dalam glamour tak kira artis or politikus dan ingin "belot" dari jalan yang dia lalui. Kebanyakkannya mempunyai jalan cerita yang sama, cuma akhir ceritanya, mati atau menderita kena fitnah. Kalau kita kaji cerita Michael Jackson, dia asalnya dari kumpulan Jackson 5 yang terdiri dari abang-abangnya dan dalam 5 orang tu, dia paling menyerlah. Oppss before that aku nak habaq mai yang aku bukanlah ahli kaji konspirasi ke apa, gila tengok the arrivals ke apa okay? Ni apa yang aku boleh buat kesimpulan dari pembacaan dan logik pemikiran aku. Back to the story, so dari Jackson 5 la dia mengembangkan bakat dia dengan di bantu oleh seorang Rabbi yang bertindak sebagai penasihat peribadi beliau. Kalau kita tengok eh, bintang-bintang besar macam Marilyn Monroe, Elizabeth Tylor, Michael Jackson, Madonna and even Barack Obama dam kesemua president Amerika *based dari apa yang aku tahu lah, depa semua mesti ada penasihat dari kalangan yahudi. Tak caye? google. Kebanyakkan mereka akan memeluk ugama Judaisim. Yang Michael Jackson aku tak sure lah, ada kata Islam, ada kata Kristian la apa la. So tak dapat detect dia ugama apa, yang aku tau pembantu peribadi dia Yahudi.

Korang perasan tak orang-orang yang "baik" macam Michael Jakson, Princcess Diana, Marilyn Monroe, JFK, John Lennon depa ni sapa tak kenal kan? Mereka bukan la jenis suka tindas orang. Tapi hidup mereka merudum jatuh bila mereka nak ubah haluan jadi orang yang nak menyampaikan sesuatu kebenaran. Aku perati  some kind like mereka ni terpaksa melalui hari-hari yang sukar, untuk menjadi seorang bintang, dadah, alkohol, plastic sugery, sex, skandal. Satu masa mereka dah penat di ugut, dan dipaksa untuk menjadi seorang bintang sangat-sangat dihormati dan terkenal, mereka mula ingin berubah menjadi insan biasa dan berkongsi kisah "gelap" tu dengan peminat. Kalau korang baca kisah Marilyn Monroe, korang mesti kesian tengok life dia. Dah macam ape dah hidop. Bila dah tekanan perasaan amek dadah pastu minum arak. Sama gak macam Michael Jackson ketagih dadah sebab life depa stress. Orang selalu kaitkan femomena kena bunuh, mati sebab diberi ubat overdose ni dengan satu rangkaian Iluminati. Betol ke tidak aku tak tahu. Tapi aku lebih suka fikir logik, mesti ada dalang disebalik ni. Korang fikir ye, dalam dunia ni, bila orang ternama, atau bintang ternama nak bongkarkan suatu kebenaran, kompem kena musibah? Tak caye? macam nama yang aku sebut-sebut tadi. Kat Mesia pun ada, apa pulak tak de. Kes Anwar tu kan kecoh tu? Gelombang seorang bakal PM tak kesampaian dan dihumban dengan penuh hina dalam penjara ISA, dituduh meliwat setelah beberapa tahun kes dijatuhkan bahawa beliau tidak bersalah Logik? Sebab apa takde sebab musabab kena turun pangkat, berdemo dijalanan, dihumban dalam penjara?lebih ironinya sama kes dengan Michael Jackson yang dituduh meliwat kanak-kanak. Aik? liwat jugak Sebab depa berani  nak lawan "manusia" ni. Dia nak buktikan kebenaran. Psst, aku nak tekankan aku tak pro mana-mana. Tapi ini based on logik.

Macam cerita Michael Jackson, dia beberapa tahun sebelum kematian dia, dia ada bagi beberapa hint dari lagu-lagu pop yang menghayalkan kepada lagu-lagu tentang kesedaran dan penindasan. Contoh Earth Song, They dont really care about us. Puak-puak berkuasa ni depa tak suka kita sedarkan manusia dari kelalaian. Dia nak kita enjoy life, mati sebab dadah dan hidup tanpa tujuan. Itu motifnya. Aku tak nak tahu siapa mereka ni, Iluminati ke, freemason ke, apa pun nama depa tu tak penting tapi secara totalnya, ada dalang dan ada ketua besar yang memberi arahan.Itu aku bet mesti ada. Marilyn Monroe dikatakan dibunuh sebab? Dia tahu satu rahsia besar, aku tak rasa mafia pon sebab last call dia dengan JFK. JFK presiden Amerika, yang aku rasa dia tak banyak pon terlibat sangat dengan konspirasi macam Presiden Amerika yang lain sebab last before JFK mati dia nak sampaikan sesuatu yang penting dan kemudian ditembak. Aku tak buat andaian yang pelik-pelik. Dan secara logik nya Freemanson dan Illuminati bukan lagi perkara sulit or rahsia bukan? Kalau tak takkan website dorang sesenang je kita boleh view n orang awam biasa boleh bace? Sulit kah? dan di channel seperti History, Discovery Channel, buku-buku novel macam Davincci Code mengetengahkan Freemanson. Sulit lagi ke? Dah tak relevan nak dipanggil sulit. Bagi aku, mereka hanyalah pertubuhan biasa untuk menutup mata kita bahawa merekalah yang sebenarnya membuat onar pada golongan-golongan kebenaran ni. Dan mereka membuatkan manusia marhaen macam kita percaya bahawa mereka lah yang membunuh dan merekalah dalang dalam erti kata lain "kambing hitam" untuk menutup penguasa yang lebih besar a.k.a big boss mereka.

Based on pengalaman aku dulu zaman ada FB sebagai admin anti freemason n illuminati pernah seseorang ni dia tetibe pop aku dengan fb, katanya dia bekerja di British Airforce dan secara tidak langsung terlibat dengan kumpulan freemason, dia menyatakan bahawa freemason takde masaalah pun, mereka bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja dan juga ahlinya. Dan aku juga bertanya pada dia yang adakah freemason ni penyembah luciefer seperti yang diheboh-hebohkan, budak tu menafikan perkara tu. Dia kata mereka percaya pada kuasa SUPEREME, kuasa besar yang mampu menjaga dunia ni. Wallahua'lam aku tak tahu pasal ritual tu. Lama-lama budak tu fikir aku macam caye tak caye dia, dia bukak picture yang dia private kan dari umum khas untuk aku tengok bukti-bukti yang dia salah seorang anggota rasmi Freemason. Hee memang aku ada tengok and teruja gak yelah, aku bertuah Allah berikan aku pengalaman berharga berkenalan dengan budak tu, dia pernah cakap jangan sesekali jadi macam dia, bila dah masuk, tak boleh keluar. Aku pernah suruh dia kembali ke jalan Allah, tapi dia ada bagi hint yang dia tak boleh walaupun dia nak sangat kembali. Apa maksudnya itu aku tak tahu. Lepas tu kami terputus hubungan lepas arwah Faizal meninggal aku terus padam FB. Dalam otak aku, SUPEREME? Tuhan kah? atau gerombolan manusia yang berkuasa?

Jika nak ikot logik lagi..kalau korang baca tanda-tanda dajjal di akhir zaman ,

Wahai Rasulullah, berapa kecepatan berjalan di bumi?’ Beliau menjawab, ‘Seperti hujan ditiup angin.’ Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman dan mematuhi segala perintahnya. Dia memerintahkan langit supaya hujan, maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar karena cukup makan.

Kemudian dia mendatangi kaum yang lain dan mengajak mereka supaya beriman kepadanya, tetapi mereka menolak ajakannya. Maka dia berlalu dari mereka. Esok pagi negeri mereka akan kering keontang dan kekayaan mereka habis. Kemudian dia melawat di suatu negeri yang telah rosak binasa. Dia berkata, ‘Keluarkan perbendaharaanmu!’ Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Cakap je apa kat Dajjal dia akan buat, nak hujan, nak tumbuh-tumbuhan kompem dia boleh buat, tapi dia bukan tuhan ye..Kau tengok sekeliling kau. Apa yang dunia tak boleh buat dengan kemajuan teknologi? Sekarang, hujan buatan, tasik buatan, bukit buatan segalanya buatan siapa eh yang suka benda-benda teknologi ni? Check dekat internet siapa yang bagi dana pada teknologi dunia? Sekarang semuanya buatan betol tak? Ada persamaan tak dengan hadith Nabi tu? Nabi tak terangkan secara jelas Dajjal tu manusia ke, teknologi ke, gerakkan ke. Itu kalau tanya aku, aku memang tak tahu jawab. Ini apa yang aku perhati dan fikir. Kalau korang ada fikiran korang just share jelah. Lebih melogikkan lagi, siapa yang tak nak ikot ajakkan Dajjal serta merta hidupnya susah, mendalam kiasan Nabi S.A.W ni. Jika kita reverse balik cerita orang-orang yang aku mention kan, Macam Michael Jackson, Puteri Diana, Marilyn Monroe, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang mati dibunuh, di fitnah macam-macam, dianiaya atas sebab yang tak berapa jelas dan kesudahannya kes ditutup sebab? depa nak lawan, biasanya orang-orang atas ni macam the "hidden hand" mereka semua akan kata mereka benci Israel,benci keganasan,keamanan,bangsa bersatu bla bla bla...dengar macam baik je kan? Tapi hakikat nya? Aku bukan pembuat cerita konspirasi ke apa dan aku bukan taksuban freemason dan illuminati dan juga cerita arrivals tapi aku terfikir tanda-tanda yang Nabi dah bagi beribu tahun dahulu dah terang lagii bersuluh, realitinya sangat logik. So fikir kan sekejap okay..

No comments:

Post a Comment