Monday 11 March 2013

Al Kisah Tentang BR1M, Loan Kawen

Salam semua, eh lupa Salam 1 Malaysia laa

Haaa lupe teman nak kabor ke mike-mike sume ni, yang teman udoh le dapat bantuan rakyat 1 Mesia ni. RM250 ajee tapi teman pueh ati lee ade jugok duit teman dapat dari gomen. Mekasih ye gomen ye, atee teman speaking peghok arini sebab semalam teman sebok nengok cter Usin, Mon dan Jin Pakai Toncit kat online stream. Tak berapa kick sangat la jalan cerghite nye tu. Tapi teman dapat le belajor bahase peghok sikit. Ahaaa. Maka dengan heksaitet teman nak mengkaborkan kat mike-mike laa kome dapat rebet henpon RM200 dengan BR1M RM250. Kayo teman dapat duit teman balik, Tu jee nak ceghiter pasal BR1M.

Lepaih tu, semalam aku ada grouping dekat whatsapp kengkawan lama la time belajor kat Kolej Komuniti. Teman semalam ikot kan bisi nengok movie Usin, Mon dan Jin Pakai Toncet tu, tapi tetibe riuh sakan ceghiter pasal tawen. Hihi. Pastu ada seorang kawan ni dok nanye la kat kawan-kawan teman pasal pelan kawin. Sorang-sorang jawab, sampai la kawan teman yang nenye ni bukak cerite pasal loan kawen. Maka ramai lah kawan teman tak berapa setuju dengan pendekatan meminjam loan ni termasuk laa yang lelaki, bagi kami pinjam loan tu agak bahaya la. Ni personal opinion la kan, masing-masing laa nak pinjam ke tak nak. Tapi bagi teman laa idok le bagus kite dok meminjam pasai nak kawen je. Betul kata kawan teman tu memang zaman sekarang barang semuaa mahai. Nak-nak mak-mak ayah-ayah kita ni suka nak kasi meriah kan? Kalau ikut kita, tak yah laa nak nyanding-nyanding bagai, tapi yelah orang tua  nak tengok hok anok dia molek hari menikoh. *tersasar kelantan sikit. Kena la hormat jugak hok pandangan deme tu. Tapi bagi aku selagi 4 kerat ni ada nak menyimpan duit, bakal somi aku boleh cari duit dengan hasil titik peluh, apa salahnya kan? Tak payah la nak guna loan. Tapi kawan aku ni sebok laa dia nak tiau-tiau kami yang tak berapa setuju dengan pendapat loan dia tu. Dia kata dia tau macamana nak kurangkan interest, tapi bila tanya cakap tu very personel? Apa kes? Beria pertahan kan isu loan, then cakap tu very personel. Maksudnya dia jela reti, kami tak reti pape, so kami tak nak la amek loan. Dari awal lagi nampak dia emosi pasal kahwin, loan ni Kami dok gelak-gelak sembang pasal kahwin budget camne, iye laaa kita plan je pon. Kalau kata terdesak apa semua, nak wat guanne kan?

Pastu dia emo-emo, keluar pasal lelaki tak mampu nak simpan la apa la. Bukak cerita hok member dia tunggu 10 years bagai sebab nak tunggu laki kumpul duit, tak cukup dengan tu bukak cter orang tangkap khalwat plak? motif? Nak kata wajib amek loan untuk berkahwin sahaja? Laaa. meh sini nak bagi pencerahan sikit la. Itu deme yang dah TERDESAK. Even tangkap khalwat pon depa boleh kahwin cara budget, nak kahwen kat Siam pun murah skang,RM12++ macam tu. Loan ni just untuk keadaan genting la. Kalau nak compared untuk golongan yang memang planned nak kahwin, buat apa nak loan kalau boleh simpan? Itu namanya plan. Tapi kalau nak pinjam tak de sapa nak halang pun, hak masing-masing. Ini bagi side aku dan kawan-kawan yang tak berapa setuju pasal kawin pinjam loan. Nanti sampai dah 3,4 anak, tak perabis bayar hutang just pasal kahwin je. Teringat cerita Seniman Bujang Lapok, yang scene laki bini gaduh pasal hidup miskin, tak de gelang then ungkit pasal masa kahwin si mak perempuan ni mintak hantaran tinggi. Benda ni fakta beb. Skang kau amek la loan islamic ke, konvensional ke still ada interest. Bukan soal very personel ke apa. Kalau personel kau simpan jela rahsia agung kau tu time kau amek loan nanti bukan dok stori kat kami. Kahwin tu perkara wajib, kau nak buat grad wedding of the year ke apa ke kalau ada duit, jalan jela. Kalau tak de duit ala kadar sudeyh. Orang kata ukur baju pada badan sendiri. Kalau kau tak mampu, tapi nak pinjam loan pastu lepas kawin hidup susah buat gapo? Hidup penuh berhutang, biar susah cari duit dulu, biar senang kemudian. Jangan nak bongkak kawen RM20k tapi loan pastu lepas kahwin gaduh laki bini sebab sibuk settle hutang sana sini pastu cerai. Nauzubillah simpanggggg *bunyi macam Usop Wilcha. Itu pro and kontra nye loan-loan ni. Nak amek, hak memasing lah ye. Ni bagi side aku. Sape tak setuju tak kisah la kan. Aku just cakap apa aku fikir je. No need to emo-emo la sampai nak gaduh, left group pasal kes bodoh ni je. Just chillex and enjoy the conversation with others,respek hak orang lain. Baru laa bahagia. Pendek kata lu pikiaq la sendiri. Nak hidup merana lepas kahwin, berlambak hutang dengan rumah, anak, hospital bla bla bla...Pikior la mengkome semua!

No comments:

Post a Comment