Showing posts with label Bebas. Show all posts
Showing posts with label Bebas. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

Propaganda

Salam uolss. Opss lupa nak cakap ni bukan rancangan Propaganza ye atau program melotop. Just sharing sebagai peringatan di akhir zaman ni. Sambungan kepada topik logik kah * kalau nak tau kelik situ k? Aku tak berapa sure hari bila aku tengok cerita dekat Discovery Channel tapi baru-baru ni jugak la masa tu tengah hot Good Friday tentang kebangkitan Jesus selepas 40 hari disalib. Maka Good Friday adalah hari penting bagi mereka semua sempena peristiwa itu. But! not that issue la yang aku nak ceritakan di pepagi yang mulia ni. Aku ada satu perangai yang aku ni kureng menonton rancangan drama-drama swasta,mahupun kerajaan mahupon rancangan berbaur romatika yang melampau sangat. Tapi aku suka menonton rancangan yang ala-ala dokumentari macam history channel, discovery channel, national geography wild dan sekutu dengannya kerana rancangan ini, aku menjadi seorang insan yang paling boring dalam rumah tu sebab suka menonton cerita skema. Baiklah, disebabkan hobi aku tengok benda ni, makanya aku terperasaan sesuatu yang agak fishy la dimana rancangan-rancangan seperti ini sekarang mula bertukar angin dari sebok bercerita tentang 2012 kiamat kepada sentimen berbaur peperangan dan kekejaman. Tapi ofcoz yang baik n hero ialah Amerika la. Yang jahat as usual kambing hitam, Hitler.

Depa previous balik zaman World War 2, yang memang aku perasan depa memang sebok cerita balik pasal World War 2 la. Motip? Tak ke macam nak laga-laga kan balik negara-negara tu? Well, as we know depa semua sebok nak prepare for World War 3 sebab tu dorang dah  mula nak buat provokasi dengan membuka kembali sejarah peperangan melibatkan Paksi Berikat dengan Paksi Bersekutu dimana di WW2 banyak kematian berlaku dan seperti yang ramai tahu, pada WW2 banyak Yahudi telah pun dibunuh secara beramai-ramai sebanyak 3 juta orang dan beribu-ribu dibunuh setiap hari. Itu adalah sentiment menaikkan semangat jihad orang-orang yahudi untuk membangkitkan peperangan konon dendam lama.



Yang paling aku berminat ada satu cerita yang dipaparkan tentang strategi Jerman memulakan peperangan dengan menyerang Poland. Pihak Berikat ni depa pandai, depa tak mau start dulu, depa mau orang lain start dulu then baru depa sebok nak masuk campor. Back to the stori, Jerman ketika itu diketuai oleh Furher Aldof Hitler *sorry eja salah. Membuat satu perisikan dan strategi rahsia. Dimana mereka memecahkan ahli mereka kepada kumpulan yang kecil dan merekrut beberapa orang untuk menjadikan mereka ni seorang Poland. Sebab Hitler dah aim Poland. Hitler nak hancurkan Poland sampai negara dia takde dalam peta. Boleh gitu? Then mereka rekrut kumpulan elit ni berpakaian seperti orang Poland, fasih berbahasa Poland memang sebijik laa dorang buat dengan tujuan untuk melancarkan perang pada Poland. Mereka nak reka cerita yang kononnya orang-orang ekstrimist Poland telah menceroboh Jerman dan hendak melancarkan perang dengan menawan stesyen radio negara Jerman. Padahal tu semua bukan orang Poland tapi itu orang-orang Jerman sendiri. Hebat kan? Mereka juga mengumpan dan membunuh tahanan ahli-ahli politik Jerman yang anti pada Hitler dan Nazi untuk me"REAL" kan lagi cerita bahawa orang-orang Poland benar-benar mahukan peperangan dengan memulakan serangan terhadap Jerman. Sedangkan takde satu orang Poland pun terlibat dengan benda alah ni.



Ini dinamakan "Cui Buno" perkataan latin yang bermaksud siapa untung kata Hishamuddin Rais. Mereka boleh melakukan apa saje beb untuk setat perang, untuk membangkitkan semangat patriotisme palsu demi kepentingan politik mereka. Yang mangsa, askar yang taktau pape, orang awam, wanita, budak kecik, orang tua. Depa orang atas peduli apa? Pura-pura turun padang, konon bersimpati untuk menutup nafsu serakah nak kuasai dunia dengan mengorbankan orang yang tak berdosa. Macam kau nak berniaga la, kau tak tau kau akan untung atau rugi dan kau korbankan duit kau sendiri, pinjam sana sini, kalau untung happy lah, kalau kalah? Hutang. Maka diakhirnya Hitler tumbang, dan Jerman berdepan dengan hutang berbillion billion sampai skang tak habis bayor. Yang untung sape? Rothchild jugak sebab dia pemodal time perang tu. Yang bodoh tu negara berperang la sebab konon nak control dunia. Jangan terlebih bijak sangat tapi depa pikir apa kan? Korbankan dulu orang bawah, yang menang orang atas. Renung-renungkan babes!

Tuesday, 26 March 2013

Logik Kah?

Salam semua.

Lama dah tak mengupdate ye belog ku ini. Bukan apa, aku bertambah bisi lately ni kan pastu idea pon tak banyak nak ado. Aha, yang penting rini bukanlah Monday belus macam biasa rini dah hari Rabu dik non!Makanya jadi Wednesday Blues la ceghitanya sebab aku terasa malas nak poie koje arini sebab tengok mak aku dengan adik aku cuti sekolah. Fine!

Dalam mood Wed blues arini, aku sesaje laa bukak youtube dengan lagu melatop tahun 1990'an gituew kalau Mesia time tu zaman pertengahan/akhir rock kapak n zaman awal pop lah. Maka banyaklah mat-mat jambu berkumpulan a.k.a BOYBAND macam Boyzone, Backstreet Boys, Nsync, Westlife, Blue, Spice Girl.. yang lelain tu aku tak berapa nak hingat sangatlah nama yang aku tulis ni pon sebab aku minat depa dan depa la paling melatop pop pop pop time tu uolls. Tengah scroll,scroll kat youtube tu, tau Cik Jah jumpe apa dik non? Jumpe video Michael Jackson. Aik, ape pasal Michael Jackson? Jakun? Aha, tak de laa bagi hadik-hadik yang tau tu tak pe la, yang tak tau Michael Jackson ni lagenda pop yang terkenal dan dihormati. Terkenal dengan aksi-aksi moonwalk nye, dan akhirnya mati dalam keadaan tragis.


Dalam life kita ada je masa turun naik, bak kata orang "Karma" macamtulah life orang-orang yang terpaksa hidup dalam glamour tak kira artis or politikus dan ingin "belot" dari jalan yang dia lalui. Kebanyakkannya mempunyai jalan cerita yang sama, cuma akhir ceritanya, mati atau menderita kena fitnah. Kalau kita kaji cerita Michael Jackson, dia asalnya dari kumpulan Jackson 5 yang terdiri dari abang-abangnya dan dalam 5 orang tu, dia paling menyerlah. Oppss before that aku nak habaq mai yang aku bukanlah ahli kaji konspirasi ke apa, gila tengok the arrivals ke apa okay? Ni apa yang aku boleh buat kesimpulan dari pembacaan dan logik pemikiran aku. Back to the story, so dari Jackson 5 la dia mengembangkan bakat dia dengan di bantu oleh seorang Rabbi yang bertindak sebagai penasihat peribadi beliau. Kalau kita tengok eh, bintang-bintang besar macam Marilyn Monroe, Elizabeth Tylor, Michael Jackson, Madonna and even Barack Obama dam kesemua president Amerika *based dari apa yang aku tahu lah, depa semua mesti ada penasihat dari kalangan yahudi. Tak caye? google. Kebanyakkan mereka akan memeluk ugama Judaisim. Yang Michael Jackson aku tak sure lah, ada kata Islam, ada kata Kristian la apa la. So tak dapat detect dia ugama apa, yang aku tau pembantu peribadi dia Yahudi.

Korang perasan tak orang-orang yang "baik" macam Michael Jakson, Princcess Diana, Marilyn Monroe, JFK, John Lennon depa ni sapa tak kenal kan? Mereka bukan la jenis suka tindas orang. Tapi hidup mereka merudum jatuh bila mereka nak ubah haluan jadi orang yang nak menyampaikan sesuatu kebenaran. Aku perati  some kind like mereka ni terpaksa melalui hari-hari yang sukar, untuk menjadi seorang bintang, dadah, alkohol, plastic sugery, sex, skandal. Satu masa mereka dah penat di ugut, dan dipaksa untuk menjadi seorang bintang sangat-sangat dihormati dan terkenal, mereka mula ingin berubah menjadi insan biasa dan berkongsi kisah "gelap" tu dengan peminat. Kalau korang baca kisah Marilyn Monroe, korang mesti kesian tengok life dia. Dah macam ape dah hidop. Bila dah tekanan perasaan amek dadah pastu minum arak. Sama gak macam Michael Jackson ketagih dadah sebab life depa stress. Orang selalu kaitkan femomena kena bunuh, mati sebab diberi ubat overdose ni dengan satu rangkaian Iluminati. Betol ke tidak aku tak tahu. Tapi aku lebih suka fikir logik, mesti ada dalang disebalik ni. Korang fikir ye, dalam dunia ni, bila orang ternama, atau bintang ternama nak bongkarkan suatu kebenaran, kompem kena musibah? Tak caye? macam nama yang aku sebut-sebut tadi. Kat Mesia pun ada, apa pulak tak de. Kes Anwar tu kan kecoh tu? Gelombang seorang bakal PM tak kesampaian dan dihumban dengan penuh hina dalam penjara ISA, dituduh meliwat setelah beberapa tahun kes dijatuhkan bahawa beliau tidak bersalah Logik? Sebab apa takde sebab musabab kena turun pangkat, berdemo dijalanan, dihumban dalam penjara?lebih ironinya sama kes dengan Michael Jackson yang dituduh meliwat kanak-kanak. Aik? liwat jugak Sebab depa berani  nak lawan "manusia" ni. Dia nak buktikan kebenaran. Psst, aku nak tekankan aku tak pro mana-mana. Tapi ini based on logik.

Macam cerita Michael Jackson, dia beberapa tahun sebelum kematian dia, dia ada bagi beberapa hint dari lagu-lagu pop yang menghayalkan kepada lagu-lagu tentang kesedaran dan penindasan. Contoh Earth Song, They dont really care about us. Puak-puak berkuasa ni depa tak suka kita sedarkan manusia dari kelalaian. Dia nak kita enjoy life, mati sebab dadah dan hidup tanpa tujuan. Itu motifnya. Aku tak nak tahu siapa mereka ni, Iluminati ke, freemason ke, apa pun nama depa tu tak penting tapi secara totalnya, ada dalang dan ada ketua besar yang memberi arahan.Itu aku bet mesti ada. Marilyn Monroe dikatakan dibunuh sebab? Dia tahu satu rahsia besar, aku tak rasa mafia pon sebab last call dia dengan JFK. JFK presiden Amerika, yang aku rasa dia tak banyak pon terlibat sangat dengan konspirasi macam Presiden Amerika yang lain sebab last before JFK mati dia nak sampaikan sesuatu yang penting dan kemudian ditembak. Aku tak buat andaian yang pelik-pelik. Dan secara logik nya Freemanson dan Illuminati bukan lagi perkara sulit or rahsia bukan? Kalau tak takkan website dorang sesenang je kita boleh view n orang awam biasa boleh bace? Sulit kah? dan di channel seperti History, Discovery Channel, buku-buku novel macam Davincci Code mengetengahkan Freemanson. Sulit lagi ke? Dah tak relevan nak dipanggil sulit. Bagi aku, mereka hanyalah pertubuhan biasa untuk menutup mata kita bahawa merekalah yang sebenarnya membuat onar pada golongan-golongan kebenaran ni. Dan mereka membuatkan manusia marhaen macam kita percaya bahawa mereka lah yang membunuh dan merekalah dalang dalam erti kata lain "kambing hitam" untuk menutup penguasa yang lebih besar a.k.a big boss mereka.

Based on pengalaman aku dulu zaman ada FB sebagai admin anti freemason n illuminati pernah seseorang ni dia tetibe pop aku dengan fb, katanya dia bekerja di British Airforce dan secara tidak langsung terlibat dengan kumpulan freemason, dia menyatakan bahawa freemason takde masaalah pun, mereka bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja dan juga ahlinya. Dan aku juga bertanya pada dia yang adakah freemason ni penyembah luciefer seperti yang diheboh-hebohkan, budak tu menafikan perkara tu. Dia kata mereka percaya pada kuasa SUPEREME, kuasa besar yang mampu menjaga dunia ni. Wallahua'lam aku tak tahu pasal ritual tu. Lama-lama budak tu fikir aku macam caye tak caye dia, dia bukak picture yang dia private kan dari umum khas untuk aku tengok bukti-bukti yang dia salah seorang anggota rasmi Freemason. Hee memang aku ada tengok and teruja gak yelah, aku bertuah Allah berikan aku pengalaman berharga berkenalan dengan budak tu, dia pernah cakap jangan sesekali jadi macam dia, bila dah masuk, tak boleh keluar. Aku pernah suruh dia kembali ke jalan Allah, tapi dia ada bagi hint yang dia tak boleh walaupun dia nak sangat kembali. Apa maksudnya itu aku tak tahu. Lepas tu kami terputus hubungan lepas arwah Faizal meninggal aku terus padam FB. Dalam otak aku, SUPEREME? Tuhan kah? atau gerombolan manusia yang berkuasa?

Jika nak ikot logik lagi..kalau korang baca tanda-tanda dajjal di akhir zaman ,

Wahai Rasulullah, berapa kecepatan berjalan di bumi?’ Beliau menjawab, ‘Seperti hujan ditiup angin.’ Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman dan mematuhi segala perintahnya. Dia memerintahkan langit supaya hujan, maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar karena cukup makan.

Kemudian dia mendatangi kaum yang lain dan mengajak mereka supaya beriman kepadanya, tetapi mereka menolak ajakannya. Maka dia berlalu dari mereka. Esok pagi negeri mereka akan kering keontang dan kekayaan mereka habis. Kemudian dia melawat di suatu negeri yang telah rosak binasa. Dia berkata, ‘Keluarkan perbendaharaanmu!’ Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Cakap je apa kat Dajjal dia akan buat, nak hujan, nak tumbuh-tumbuhan kompem dia boleh buat, tapi dia bukan tuhan ye..Kau tengok sekeliling kau. Apa yang dunia tak boleh buat dengan kemajuan teknologi? Sekarang, hujan buatan, tasik buatan, bukit buatan segalanya buatan siapa eh yang suka benda-benda teknologi ni? Check dekat internet siapa yang bagi dana pada teknologi dunia? Sekarang semuanya buatan betol tak? Ada persamaan tak dengan hadith Nabi tu? Nabi tak terangkan secara jelas Dajjal tu manusia ke, teknologi ke, gerakkan ke. Itu kalau tanya aku, aku memang tak tahu jawab. Ini apa yang aku perhati dan fikir. Kalau korang ada fikiran korang just share jelah. Lebih melogikkan lagi, siapa yang tak nak ikot ajakkan Dajjal serta merta hidupnya susah, mendalam kiasan Nabi S.A.W ni. Jika kita reverse balik cerita orang-orang yang aku mention kan, Macam Michael Jackson, Puteri Diana, Marilyn Monroe, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang mati dibunuh, di fitnah macam-macam, dianiaya atas sebab yang tak berapa jelas dan kesudahannya kes ditutup sebab? depa nak lawan, biasanya orang-orang atas ni macam the "hidden hand" mereka semua akan kata mereka benci Israel,benci keganasan,keamanan,bangsa bersatu bla bla bla...dengar macam baik je kan? Tapi hakikat nya? Aku bukan pembuat cerita konspirasi ke apa dan aku bukan taksuban freemason dan illuminati dan juga cerita arrivals tapi aku terfikir tanda-tanda yang Nabi dah bagi beribu tahun dahulu dah terang lagii bersuluh, realitinya sangat logik. So fikir kan sekejap okay..

Monday, 11 March 2013

Al Kisah Tentang BR1M, Loan Kawen

Salam semua, eh lupa Salam 1 Malaysia laa

Haaa lupe teman nak kabor ke mike-mike sume ni, yang teman udoh le dapat bantuan rakyat 1 Mesia ni. RM250 ajee tapi teman pueh ati lee ade jugok duit teman dapat dari gomen. Mekasih ye gomen ye, atee teman speaking peghok arini sebab semalam teman sebok nengok cter Usin, Mon dan Jin Pakai Toncit kat online stream. Tak berapa kick sangat la jalan cerghite nye tu. Tapi teman dapat le belajor bahase peghok sikit. Ahaaa. Maka dengan heksaitet teman nak mengkaborkan kat mike-mike laa kome dapat rebet henpon RM200 dengan BR1M RM250. Kayo teman dapat duit teman balik, Tu jee nak ceghiter pasal BR1M.

Lepaih tu, semalam aku ada grouping dekat whatsapp kengkawan lama la time belajor kat Kolej Komuniti. Teman semalam ikot kan bisi nengok movie Usin, Mon dan Jin Pakai Toncet tu, tapi tetibe riuh sakan ceghiter pasal tawen. Hihi. Pastu ada seorang kawan ni dok nanye la kat kawan-kawan teman pasal pelan kawin. Sorang-sorang jawab, sampai la kawan teman yang nenye ni bukak cerite pasal loan kawen. Maka ramai lah kawan teman tak berapa setuju dengan pendekatan meminjam loan ni termasuk laa yang lelaki, bagi kami pinjam loan tu agak bahaya la. Ni personal opinion la kan, masing-masing laa nak pinjam ke tak nak. Tapi bagi teman laa idok le bagus kite dok meminjam pasai nak kawen je. Betul kata kawan teman tu memang zaman sekarang barang semuaa mahai. Nak-nak mak-mak ayah-ayah kita ni suka nak kasi meriah kan? Kalau ikut kita, tak yah laa nak nyanding-nyanding bagai, tapi yelah orang tua  nak tengok hok anok dia molek hari menikoh. *tersasar kelantan sikit. Kena la hormat jugak hok pandangan deme tu. Tapi bagi aku selagi 4 kerat ni ada nak menyimpan duit, bakal somi aku boleh cari duit dengan hasil titik peluh, apa salahnya kan? Tak payah la nak guna loan. Tapi kawan aku ni sebok laa dia nak tiau-tiau kami yang tak berapa setuju dengan pendapat loan dia tu. Dia kata dia tau macamana nak kurangkan interest, tapi bila tanya cakap tu very personel? Apa kes? Beria pertahan kan isu loan, then cakap tu very personel. Maksudnya dia jela reti, kami tak reti pape, so kami tak nak la amek loan. Dari awal lagi nampak dia emosi pasal kahwin, loan ni Kami dok gelak-gelak sembang pasal kahwin budget camne, iye laaa kita plan je pon. Kalau kata terdesak apa semua, nak wat guanne kan?

Pastu dia emo-emo, keluar pasal lelaki tak mampu nak simpan la apa la. Bukak cerita hok member dia tunggu 10 years bagai sebab nak tunggu laki kumpul duit, tak cukup dengan tu bukak cter orang tangkap khalwat plak? motif? Nak kata wajib amek loan untuk berkahwin sahaja? Laaa. meh sini nak bagi pencerahan sikit la. Itu deme yang dah TERDESAK. Even tangkap khalwat pon depa boleh kahwin cara budget, nak kahwen kat Siam pun murah skang,RM12++ macam tu. Loan ni just untuk keadaan genting la. Kalau nak compared untuk golongan yang memang planned nak kahwin, buat apa nak loan kalau boleh simpan? Itu namanya plan. Tapi kalau nak pinjam tak de sapa nak halang pun, hak masing-masing. Ini bagi side aku dan kawan-kawan yang tak berapa setuju pasal kawin pinjam loan. Nanti sampai dah 3,4 anak, tak perabis bayar hutang just pasal kahwin je. Teringat cerita Seniman Bujang Lapok, yang scene laki bini gaduh pasal hidup miskin, tak de gelang then ungkit pasal masa kahwin si mak perempuan ni mintak hantaran tinggi. Benda ni fakta beb. Skang kau amek la loan islamic ke, konvensional ke still ada interest. Bukan soal very personel ke apa. Kalau personel kau simpan jela rahsia agung kau tu time kau amek loan nanti bukan dok stori kat kami. Kahwin tu perkara wajib, kau nak buat grad wedding of the year ke apa ke kalau ada duit, jalan jela. Kalau tak de duit ala kadar sudeyh. Orang kata ukur baju pada badan sendiri. Kalau kau tak mampu, tapi nak pinjam loan pastu lepas kawin hidup susah buat gapo? Hidup penuh berhutang, biar susah cari duit dulu, biar senang kemudian. Jangan nak bongkak kawen RM20k tapi loan pastu lepas kahwin gaduh laki bini sebab sibuk settle hutang sana sini pastu cerai. Nauzubillah simpanggggg *bunyi macam Usop Wilcha. Itu pro and kontra nye loan-loan ni. Nak amek, hak memasing lah ye. Ni bagi side aku. Sape tak setuju tak kisah la kan. Aku just cakap apa aku fikir je. No need to emo-emo la sampai nak gaduh, left group pasal kes bodoh ni je. Just chillex and enjoy the conversation with others,respek hak orang lain. Baru laa bahagia. Pendek kata lu pikiaq la sendiri. Nak hidup merana lepas kahwin, berlambak hutang dengan rumah, anak, hospital bla bla bla...Pikior la mengkome semua!

Sunday, 10 March 2013

Childhood Friends

Salam. Fuhh lama tak update bloggie ni. Alahai rindu gilos sangat kat ucuk anje ni. Kikiki. Okay 2 minggu lepas punye citer aku peram dah jadi tapai dah pon baru arini aku nak cter. So arini aku akan update 2 cter, satu cter peram satu lagi cter semalam dan kelmarin. Hokey hanak-hanak?

Lets start it 1st beybeh, 2 minggu lepas bape hari bulan eh? Sat nengok kalendar sat naaa. Hokey, 2hb ada sejarah baru ni. Punya laa lama gila weyh aku tak balik hometown aku, Johor Bharu last-last dapat gak balik after 4-5 years gak laa aku jadi orang lupo daratan kejap, selain menyokong pasukan bola sepak bukan negeri aku sendirik. Bhahahhaa. Sebenarnya kebetulan je datang JB tu, yolah aku skang dah duk KL so agak jauh ler aku nak poie ke JB tu, bukan tak rindu nak balik ke sana, rindu gak tapi mase takde lagi. Berbalik pada punca aku balik ke Johor sebab ade kenduri kawen Kak angkat ayah aku yang umo hanak dia sebaya dengan aku, doploh pat taun. Jelly kan? Baye aku dah kawen!!!! Aku? Tah bile tah, tahun depan kot? Aminnnnn.

Aku dalam diam-diam dah berjanji laa dengan childhood friends aku kat Instagram yang kata aku nak mai JB, gumbira laaa hati bebudak ni nak jumpe bestie lama kannn *including aku lah! Tapi plan tu hampir musnah berderai sebab mama aku berhasrat nak balik awal  plakk. Frust la gak aku. So aku try memujuk mama aku sampai le dia setuju nak balik lambat sikit. Alah mak childhood friend aku pon bestie mak aku gak. Yeah hidup anak GURU! Makanya berjumpe laaa kami di hari agak bersejarah untuk peribadi aku. Sini aku sajikan beberapa keping gambar untuk tatopan kalian rakyat

Macam biasa, aku kat kiri ler,
tengah hero malaya, Afiq and kecik molek ni, Fatin
 
 
Im gonna missed you guys soo much!
 
 
Geng lamo tak jumpe,bajet cter masaalah negara
 
 
 

Wednesday, 20 February 2013

Berbakatkah aku dalam bisnes?

Salam guys and good night..

its 11.10 pm already tapi aku still macam blur-blur katak lah berfikir macam-macam sebenarnya. Well if anybody yang suka baca blog nak tau update aku or pasal perasaan aku or pasal life aku disini la tempatnya aku share segala mak nenek problem. Kikiki! But not all la babe. So malam ni dalam kepala otak aku dok pikiaq pasal bisnes, almaklumlah sekarang ni kerajaan sibuk promote segala BR1M, bantuan untuk usahawan mikro and tak lupa rebet henpon rm200 semua aku sapu. But my biggest problem, before aku nak ambil oppourtunity yang kerajaan bagi geran rm1000 untuk usahawan mikro ni aku dok pikiaq berbakatkah aku ni? Aku ada blog, ada instagram tapi kenapa aku tak nak ambil peluang yang jarang ada kan? Rm1000 tu walaupon pada mata certain people alaaaaaa kecikkkk gile modal nak buat berniaga, but aku rasa blassed gila laa sebab orang nak bagi duit free selain duit parents aku! Saving what? takde nak bodek-bodek kerajaan okay but ini opinion laa kan? bila lagi nak dapat bantuan free.

Aku cam pikir-pikir nak buat business boutique online tudung sebab aku gila tudung. Tapi muka aku ni tak lawo pon nak tayang muka jadi model tudung, nak gaye-gaye tudung, nak panggil model buat shoot gambar bagai quite costing. Nak buat business kosmetik, sama la keadaan dia muka aku ni baru je try test product Ad-ha skincare so need time to prove to others la. Yela,takkan aku nak setat jual kalau muka aku pon belom di testimoni kan? makanya kena nunggu sampailah muka aku putih bak Adira tu,baru aku akan jadi reseller Ad-ha skincare *okay berangan! pastu dalam hotak aku nak wat bisnes baju,aha skang aku tengah nak habiskan stock kat instagram aku "atikaanisa" sila melawat okay? kat situ aku just nak habiskan laa stock-stock yang aku jual masa buat bazaar kat kolej dulu, bapak lama gilaaaaa aku nak habiskan stock dek sebab malasss! Walaupon slow lambat sikit orang tanya pasal baju yang aku jual, but im blessed laa sebab ada jugak orang sudi nanye-nanye kan? orang kata pelan-pelan kayuh beb. Nanti ada laa orang suka sebab baju yang aku jual pon agak la murah.

So berbakatkah aku dengan dunia busines ni? Harap je dapat diploma business tapi bila kau masuk dalam dunia realiti hampeh dude. Kau jadi zero, orang tak belajar bisnes lagi hebat dari kau tau nisa.Malu-malu! Bhahahahaha. Takpe, aku hope testing aku ni jadi laa. Mohon murah rezeki untuk orang membeli baju yang aku jual tuueww. And plus aku pon lepas ni insyaallah la nak sambung study but not in busines anymore laa. maleh eden nak blaja busines ni, eden nak amek course engineering NDT. Haaa, belajar rerajin sampai gaji tinggi pastu ada pulak bisnes. Uii kalau jadi camtu aminnn alhamdulillah, boleh kejar cita-cita aku nak bawa family aku dan family bakal suami aku ke Haji or umrah. semoga niat suci murni aku ni di berkati Allah.  Amin ya robbal alamin!! Doakan aku berjaya ya guys. Doa korang dan support korang yang stalker ke, silent reader ke or memang jenis suka melawat blog ke mohon doa n support kejayaan kita bersama. Ecewahhh! okaylah need to sleep now, nuniteeeee and sweet dream people!

I Need Vacation? YES!

Salam people.



Talked about vacation, and yeah i really need vacation right now. Bukan apa saje nak membawa diri pergi bercuti-cuti rehatkan minda. Kikiki. Lately aku rasa macam strees tapi bukan la sebab kerja tapi certain-certain people yang sangat laa annoying. Kerja so far alhamdulillah la, happy. Actually plan nak pergi berjalan ke Desaru, tapi aku rasa 2 days 1 night memang laa tak best. Rasa macam bosan je kan? Pastu cost g Desaru tu quite costing sebab hotel dia gila mewah. Lain la gaji aku besar kan. So boley la duduk hotel super mahal. Makanya setelah berpikir-pikir nak poie mana, kejap nak rasa g pantai la hape la. So last-last back to basic, aku pergi ke Cameron Highland tempat faveret aku. Bukan apa, Cameron Highland ni bukan la tempat yang terlalu best untuk orang yang suka berseronok, tapi dia tempat yang sangat peace laa untuk rileks kan otak. Aku setat jatuh cinta dengan Cameron time family outing lagi. Masa tu darjah berapa tah, ke tingkatan bape tah buat family day kat sana. Time tu sejuk gila sampai berasap-asap mulut ko.. tapi skang dah kureng dah sebab maybe pemanasan global kutt..ehem.

Aku selalu g Cameron biasanya untuk 2 hari 1 malam la macam tak berjalan mana saje nak lepak je. But aritu aku pergi ke Kuala Kangsar wedding sempat la singgah kejap ke Cameron Highland dengan kawan-kawan baru la aku setat berjalan g teh boh la, muzium la, rose valley la segala mak nenek nak pergi 2 hari 1 malam gak kat sana. Enjoy but sikit boring sebab bukan ikhlas pon nak melawat tempat-tempat gituewww! Aku mai nak rileks-rileks. Paling aku enjoy kat sana pergi pasar malam. Barang-barang so far murah la gak. Stoberi yang kau dok ngidam kat KL sana, kat Cameron 3 bungkus RM15 jer kot! Kohkohkoh. Murah kan? Kalau kau gatai nak beli bunga, beli kat KL mahal kan? So kau beli jela kat Cameron, 1 jambak baru RM10 or 20 ajeee. Tu port paling best laa kalau kau nak beli barang-barang makan ke apa, sedap tak sedap tuu aku tak tau la. Belasah jela try and error katanyaaaa. Aku seorang yang gilos teh, so aku akan memborong teh nanti. Eksaitet walaupon dah 3-4 kali jejak sana. Mana aku nak poie lepas ni? Aku pk nak poie jalan kat air terjun kat Cameron tu. Ala-ala macam piknik kann dok bentang tikar pastu makan. Lahai, romantika de amore laaaaa.Muaahahahahaha! Tu baru ketenangan abadi yop. Tak payah nak berjalan sangat g tempat-tempat tu. Ni opinion aku laa, better enjoy pemandangan sekitar, layan sejuk-sejuk nyaman kat sana. Mesti best, yang mana sibuk nak g jalan melawat tapak tu poie laa, tapi bagi yang 3-4 kali poie tu takkan kau nak pergi tempat sama jer kan? Better kau g la tempat yang adventure sikit macam air terjun ke, hiking ke apa ke. Macam best gak, tak pon panjat bukit teh tu haaa, pergh mengah beb.

Anyway, aku tak sabar nak bercuti this march and tak sabar nak tenangkan hati disamping beribadah jugak melihat alam ciptaan tuhan. Nak g obersea belom ado budget lagi la nak melawat obersea, melainkan bos aku dengan baik hati dan rela hati nak hantar aku g outstation obersea.Kihkih! Takecare guys. Bubye! Muxie

Tuesday, 22 January 2013

Zaman Kekanak

Aku memang seorang anak yang degil, bukan saje degil, dah tu nakal plak tak cukup dengan nakal mengada-ngada plak tu. Haa tu la aku dalam keluarga perangai ngalahkan lelaki! fuihhh, mama aku nak jaga aku macam jaga 10 orang anak lah. Bayangkan la aku punye degil tu, apa yang mama aku kata jangan, tu laaa yang aku gatai nak buat pastu balik rumah kena kutil tak pon kena sebat dengan bulu ayam. Terbaik kan? Compare aku dengan adik-adik aku, aku paling kuat memberontak kalau tak dapat barang, orang tetua kata anak sulung banyak perangai cmni betol ke idok aku tatau lah.

Mama aku selalu cakap aku ni kuat berangan, time zaman aku kekecik dulu zaman cter Maria Mariana, punya laaa aku dok suka kat Ziana Zain tu sampai belajar angkat kening haaa kau! Kan si Mariana tu suka sangat marah sambil angkat kening haa padan laa aku ngikut sikit perangai si Mariana tu. Aku tak suka sangat watak Maria tu, macam bajet-bajet baik laaa. Dia kena la brutal sikit macam Mariana baru thirll. Bhahaha! Tak cukup belajar angkat kening, aku belajar naik besikal. Kalau korang hengat laa si Mariana ni kan ado motor besar, ahaaaaa aku punye berangan laaa naik besikal tu pakai helmet bajet berangan naik motor besar macam Mariana, Besor sungguh efek cter Maria Mariana tu kat aku ekpesiali watak Mariana.

Dulu rumah aku kat Johor ada kolam ikan tau, aku ingat dulu soming pool boleh berenang-renang, eksitet dulu tak pernah mandi soming pool makanya sejak ayah aku buat kolam ikan yang aku sangkakan soming pool tu, hehari aku rajin masuk dalam kolam tu dan menyebabkan banyak spesis ikan emas mati sebab aku picit. Kesian ikan-ikan tu tak memasal. So, mama dengan ayah aku sangatlah bengang sebab hari-hari aku masuk dalam kolam basahkan baju. Time tu aku geng dengan adik lelaki aku. Memang trio sangat laaa waktu tu. Pantang parents aku takde or busy, aku pon dengan adik aku busy terjun dalam kolam ikan tu pastu haaaaa basah laa kan?Kantoi bodoh laa kat situ aku masuk dalam kolam picit ikan sampai mati. Dalam setaun tu, aku rasa banyak kali gak la aku tengok ayah topup ikan baru lepas ikan-ikan dia mati aku picit. Kalau ikan tu terapung, aku buat tatau jela buat derkkk je sebab bajet macam tak salah. Dah ajal ikan tu kan? Nak wat cemana...

Aku ingat lagi zaman sekolah Taman Universiti 1 dulu, aku ada 2 orang kawan baik nama dia Afiq and Fatin Nabilah. Dari kecik beb kiteorang kawan, tapi bukan time baby la. Aku still memember dengan dorang. Yang Afiq tu, dah sampai ke Ostolia dah belajar jadi cikgu bahasa inggeris si Fatin skang sama je koje macam aku, keje opis dan disamping tu dia jual leggings gitueww! Rindu gile time sekolah dulu kalau tengah hari je mama aku akan masak makanan tengah hari, same laa dengan mak2 dorang berdua tu, sementara nak g sekolah ugama kiteorang makan sesame kat kantin belasah jela lauk mama masak tu kannnn..pastu pegi sekolah ugama sampai petang. Dah balik petang g mengaji plak dengan Afiq. Malam macam biasa dok rumah tak pun kekadang lepak rumah Afiq sambil main Journey To The West-citer drama buddha alahhhh masa kecik mana laa nak tau sangat benda-benda ni. Cter nya kan macam banyak monster-monster pelik, monyet laa, naga la, setan itu ini. Tapi serious best! HAHAHAHA. Dan disebab kan cter tu laa aku skang study part time perbandingan ugama. So aku tau all sejarah pasal Journey To The West tuuu! Kemain cter beria lagi aku yer.

Ekceli aku nulis ni sebab aku rindu gile waktu-waktu kecik-kecik dulu. Bukan apa, best sebab kita free nak buat apa pun. Skang dah besar, tingkah laku kena jaga dah jadi anak dara katanyaaaaa. Dah doploh pat taun dah ponnn aku ni, dah boleh kawen. Semua kena jaga dik non oi. Itu jer kot aku ghase nak share pasal zaman kekecik aku ni.Nanti ada stori aku sambung k! Kbaai. Salam.



Ni laa adik aku segeng dengan aku dulu. Dah besau dah kiteorang!

Monday, 21 January 2013

Majlis Resepsi Aku

Salam and good afternoon!

Alhamdulillah akhirnya ke jinjang pelamin jugak aku. Dapat tengok pelamin yang tersergam indah ala-ala Khairul Fahmi punye pelamin. Tema untuk majilis kawen warna silver, barang-barang hantaran semua dah siap sedia. Thanks encik Tunang! Bila dah dekat-dekat hari nak jadi isteri ni, berdebor-debor plak ghase. Malam ni majilis berinai, insyaallah encik tunang akan datang jugak la bertandang. Esok pagi dalam pukul 10, akad nikah kat Masjid Shah Alam. Aduh berdebor-debor la. Aku rasa malam ni kompem tak boleh tido sebab nervous sangat kan! Aku belek-belek baju lace putih ni, rasa sayu pulak, yelah lepas ni aku bukan milik ayah lagi. Aku dah jadi milik somi aku. Selama doploh pat taun aku duduk dengan family, ni la anak yang paling manja, degil dalam family. Tup tup aku dah nak kawen dah. Tak boleh memanja dengan dorang. Huuu..sedeyh! Okay aku drafkan kejap sementara nak tunggu malam berinai.Nanti aku update.

Okay, dah settle malam berinai. Inai dah kering, merah meletop haa tangan aku. Baru ada feeling-feeling nak jadi pengantin esok. Encik tunang pun datang melawat tadi, tapi tak boleh usha lelama nanti feel eksited tu takde plak. Aku buat-buat jual mahal malam tadi. Kan betul aku kata, aku tak boleh tidoq malam ni, punya eksited tahap gaban punya. Perangai aku kalau eksited memang jenis tak boleh tido. Bila dok pikir-pikir balik hensem jugak tunang aku ni, time nak kawen baru perasan bakal somi aku ensem?cettt!

Aku buat 3 resepsi perkahwinan, satu kat rumah aku sendiri 2nd kat rumah bakal somi dan 3rd kat hotel. Alhamdulillah rezeki, tapi letih laa gak kan nak buat sampai 3 resepsi almaklumlah ramai kengkawan. Lelain tema plak tu, ikot jelah dah pilihan family memasing. Yang sorang anak sulung. yang sorang lagi anak bongsu kan kompem nak meriah riah punye. Hope everything berjalan lancar.Amin.

KAKAKKKKKKKK!!!!BANGUN DAH PETANG!

Adoi, kacau laaa sapo menjerit-jerit petang-petang ni?syiok-syiok mimpi dah settle baju kawen bagai.Hadooo! Rupenya mama aku spoilnya mimpi-mimpi indah aku! Bermimpi disiang hari...kemarauuu panjangggggg......*lagu sharipah zarina plak.

Semenjak dua tiga menjak ni, aku asek bebenor berangan nak kawen. Yolah, kau tuu pompuann kan? Umor doploh pat taun dah, tua bangka tapi belom ada jodoh nak kawen. Sape tak jeles weyh, cousin-cousin bebaya aku semua dah bertunang la, nak kawen ujung taun laa.. lahai jeles kak jah oi. Nak amek feeling kawen tu haaa nengok la Raikan Cinta kat astero ria tu. Amboiih kemain kerlass kau, kawen meriah siap ada raptai-raptai lagi. Aku ni boleh berangan jela, teringin nak kawen gitu tapi alahai, doet doet doet! Belum hade lagi. Alhamdulillah rezeki baru setat keje kan, boleh le ngumpul sikit-sikit nak kawen tu. Tapi nak kawen happening-happening tu tatau ler kan, tapi orang kata rezeki ni kat memana je, buat-buat kau menang hadiah tajaan perkahwinan kat hotel 5 setar, perghhhh berjurai ayaq mata cheq ni terharuuuuuu kalau dapat tajaan gitu.

Dapat mimpi pon dah terharu bagai kan? SAH SAH SAH SAH!aku gatai nak kawen, doet dah ado?jawapan dia simple, TAKDE! Nak tunggu anak raja?memang tak la cter dia,muka tak lawo berangan nak anak raja,anak dato. Makanya lupus dulu berangan nak kawen dulu, beli rumah dulu pastu beli kete pastu last baru kawen. Boleh? Korang doalah aku cepat sampai jodoh.pastu dapat rezeki terpijak tajaan kawen plak. Ahaiiii seronot seronot! Okay, aku dah blushing!kbai

Eh ingat aku tadi. Sorry salah gambar, ni gambar kak Ayu Raudah.


Sunday, 20 January 2013

Assalamualaikum People!

Salam semua..aku kembali ke blogger selepas lama juga menyepikan diri dan mendelete belog belog terdahulu cengkonon nak lupakan kisah lama. Akceli now aku dah pun berusia 24 tahun, and feel free without FACEBOOK and TWITTER. Uolls noe what, apa yang aku fikir tentang social network ni serabot mabot je rasanya.HAHAH!Kenapa? ni personal opinion lah kan, sometime bila kita bercinta minta ni sebok la nak jadi kaki stalk FB and TWITTER bf/gf korang kan? hah,sebab aku pon dah ghase apa yang dah jadik. Boring issue. Antara isu-isu bodoh yang akan berbangkit ialah :
 "b,i nampak u comment dengan perempuan lain kemaiinnn lagik mesra kan! u ni curang ke dengan i?"
"Baby, sape lelaki yang bersayang-sayang dengan you tu?eii,dayus laa i kalau biarkan gf i bersayang-sayang dengan jantan lain tau tak!"

Paling best kalau kantoi kat message laa awek kau atau bf kau sebok laaa berchatting dengan pompuan or laki lain. Makanya seluruh isu bodoh akan berbangkit. Time tengah sayang kan?Sensitip, awek or bopreng aku korang jangan dekat doh! Pelik kan? Time berchenta kemainn lagik. Time-time facebook, twitter ke instagram ke kemain nak show off itu awek or bopreng kau, tapi hakikatnya dunia realitinya apa? hampes? HAHAHAH! Tu laa dah macam hero kampung bila kau sebok nak show off awek or bopreng kau kat social network padahal kat realiti sikit pon kau tak menjaga hati pasangan kau. Kau g melepak sampai ke subuh tinggalkan makwe kau sensorang, yang pompuan plak kengkonon sunyi sepi, g melayan lelaki lain amboii elok benau letueww. Bukan pe, kalau kau betul-betul laa nak sama kan jeles kau dalam dunia social network tu dengan realiti kau mesti la jaga hati memasing. Ni pasal FB,TWITTER, INSTAGRAM kau nak berbalah dengan awek or bopreng kau, dapat pekdah apa? Nak jumpe setaun sekali tapi hari-hari kau stalk fb,twitter and comment instagram awek or bopreng kau, pastu jeles-jeles dah kenapa? Dah sekali sekala jumpe, gaduh pulak tu. ALAHAI sian nengoknya.

Sekarang citer dia, kalau kau nak ada social network bersederhana la, makesure korang kenal la dulu mana satu kawan pasangan kau, jangan main radak je nak jeles meles. So pepandai laa korang pikir apa aku cakap ni. Aku tulis berdasarkan pengalaman. Itu je, nak amek, hamek tak nak hamek sudoh. Kbai.