Monday 21 January 2013

Majlis Resepsi Aku

Salam and good afternoon!

Alhamdulillah akhirnya ke jinjang pelamin jugak aku. Dapat tengok pelamin yang tersergam indah ala-ala Khairul Fahmi punye pelamin. Tema untuk majilis kawen warna silver, barang-barang hantaran semua dah siap sedia. Thanks encik Tunang! Bila dah dekat-dekat hari nak jadi isteri ni, berdebor-debor plak ghase. Malam ni majilis berinai, insyaallah encik tunang akan datang jugak la bertandang. Esok pagi dalam pukul 10, akad nikah kat Masjid Shah Alam. Aduh berdebor-debor la. Aku rasa malam ni kompem tak boleh tido sebab nervous sangat kan! Aku belek-belek baju lace putih ni, rasa sayu pulak, yelah lepas ni aku bukan milik ayah lagi. Aku dah jadi milik somi aku. Selama doploh pat taun aku duduk dengan family, ni la anak yang paling manja, degil dalam family. Tup tup aku dah nak kawen dah. Tak boleh memanja dengan dorang. Huuu..sedeyh! Okay aku drafkan kejap sementara nak tunggu malam berinai.Nanti aku update.

Okay, dah settle malam berinai. Inai dah kering, merah meletop haa tangan aku. Baru ada feeling-feeling nak jadi pengantin esok. Encik tunang pun datang melawat tadi, tapi tak boleh usha lelama nanti feel eksited tu takde plak. Aku buat-buat jual mahal malam tadi. Kan betul aku kata, aku tak boleh tidoq malam ni, punya eksited tahap gaban punya. Perangai aku kalau eksited memang jenis tak boleh tido. Bila dok pikir-pikir balik hensem jugak tunang aku ni, time nak kawen baru perasan bakal somi aku ensem?cettt!

Aku buat 3 resepsi perkahwinan, satu kat rumah aku sendiri 2nd kat rumah bakal somi dan 3rd kat hotel. Alhamdulillah rezeki, tapi letih laa gak kan nak buat sampai 3 resepsi almaklumlah ramai kengkawan. Lelain tema plak tu, ikot jelah dah pilihan family memasing. Yang sorang anak sulung. yang sorang lagi anak bongsu kan kompem nak meriah riah punye. Hope everything berjalan lancar.Amin.

KAKAKKKKKKKK!!!!BANGUN DAH PETANG!

Adoi, kacau laaa sapo menjerit-jerit petang-petang ni?syiok-syiok mimpi dah settle baju kawen bagai.Hadooo! Rupenya mama aku spoilnya mimpi-mimpi indah aku! Bermimpi disiang hari...kemarauuu panjangggggg......*lagu sharipah zarina plak.

Semenjak dua tiga menjak ni, aku asek bebenor berangan nak kawen. Yolah, kau tuu pompuann kan? Umor doploh pat taun dah, tua bangka tapi belom ada jodoh nak kawen. Sape tak jeles weyh, cousin-cousin bebaya aku semua dah bertunang la, nak kawen ujung taun laa.. lahai jeles kak jah oi. Nak amek feeling kawen tu haaa nengok la Raikan Cinta kat astero ria tu. Amboiih kemain kerlass kau, kawen meriah siap ada raptai-raptai lagi. Aku ni boleh berangan jela, teringin nak kawen gitu tapi alahai, doet doet doet! Belum hade lagi. Alhamdulillah rezeki baru setat keje kan, boleh le ngumpul sikit-sikit nak kawen tu. Tapi nak kawen happening-happening tu tatau ler kan, tapi orang kata rezeki ni kat memana je, buat-buat kau menang hadiah tajaan perkahwinan kat hotel 5 setar, perghhhh berjurai ayaq mata cheq ni terharuuuuuu kalau dapat tajaan gitu.

Dapat mimpi pon dah terharu bagai kan? SAH SAH SAH SAH!aku gatai nak kawen, doet dah ado?jawapan dia simple, TAKDE! Nak tunggu anak raja?memang tak la cter dia,muka tak lawo berangan nak anak raja,anak dato. Makanya lupus dulu berangan nak kawen dulu, beli rumah dulu pastu beli kete pastu last baru kawen. Boleh? Korang doalah aku cepat sampai jodoh.pastu dapat rezeki terpijak tajaan kawen plak. Ahaiiii seronot seronot! Okay, aku dah blushing!kbai

Eh ingat aku tadi. Sorry salah gambar, ni gambar kak Ayu Raudah.


2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Cerita yang menarik... tp pelik sikit.. selalunya malam berinai kita adakan selepas nikah.. yg ni sebelum... Haram tu...
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. bhahahahahaahaha. namo pon mimpi dia jadik tunggang langgang giteww

    ReplyDelete