Thursday 24 January 2013

Friday Belus!

Salam..

Arini rasanya mood Friday belus kot sebab semalam cuti Maulidur Rasul. Urgh bosan bosan. Dah tu pepagi dapat panggilan call dari member yang mengadu masaalah sikit sebanyak macam efek mood aku di Jumaat yang mulia rini.

Citer member tu camni..

Aku fahamlah kekadang bercinta ni ada pasang surut, kadang-kadang tengah bahagia terlupa nak beringat. Jadinya terjadilah something yang tak diingini, si kawan aku ni jatuh sakit, sakit teruk pulak tu. Bf dia tu tak de la teruk sangat-sangat kekadang amek gak berat, tapi jenis bf dia ni tak reti nak faham and tak reti sabar langsung. Asyik keje nak paksa n push je awek dia ni, biasala ingatkan makan ubat tu, tapi beza kan suruh elok-elok dengan push-push makan ubat sampai orang tu tertekan? Dah la orang tu tengah terseksa sakit, bf dia boleh plak macam nak paksa buat itu ini. Come on lah, kau tak rasa sakit boleh laa paksa itu ini. Dia pun tahu jadual makan ubat dia camne apa semua, pastu macam nak push awek dia cepat sembuh tu kan kuasa tuhan, mana boleh paksa-paksa benda tu sembuh cepat ke lambat. Awek dia dah try macam-macam ubat, tapi belum lagi tuhan nak bagi rezeki sembuh nak wat cmne? Aku pon kesian dengar citer member aku ni. Aku geram gak dengan bf dia yang sikit pun tak mau faham keadaan orang lain. Tolarate la sikit! Bila aku tanya bf  dia, bf dia kata dia risau habis tu pompuan tu tak risau ke sakit dia makin teruk? Nak tahan sakit lagi, nak kerja lagi, tekanan tempat kerja lagi, efek ubat lagi. Dia boleh la cakap kesian, itu ini tapi time paksa awek dia, tak de pon perasaan kesian tu?

Kawan aku tu bukan la jenis orang kaya sangat nak buat operation mahal-mahal macam saranan bf dia tu. Dia nak pergi klinik pon kena tunggu gaji, apa semua. Nak guna medical claim, dia baru je keje sama lebih kurang macam aku. Kalau aku pon rasa sengkek gile. Paling aku kesal dengan perangai bf dia ni, time awek dia susah macam-macam alasan dia bagi kat awek dia. Paling best dia boleh cakap kat awek dia, dia was-was sebab awek dia makan ubat macam-macam tapi sakit tak baik-baik jugak. Dia boleh bantai cakap awek dia saje nak klentong dia pasal sakit sebab nak attention? DAMN gila! Gila apa nak attention main tipu-tipu sakit teruk sampai 50% antara hidup dengan mati beb? Cuba dia pk sikit, time bersenang-senang dengan awek dia, dia mintak topup la, belikan itu ini dia tak de duit, sakit pon keluar gak belikan untuk bf dia. Ni bf dia time awek dia sakit, boleh kata macam tu? Jenis apa lelaki macam ni? Kau masa budak tu sihat, ada duit bukan main lagi. Time dia sakit, tak de pon kau nak g jenguk dia ke apa ke kan? Pasal benda-benda lain ade je duit. Lepak la, nak g jalan la, ade jee duit. Time untuk awek kau? kau boleh cakap cmtu? Menangis la kawan aku ni sebab sedih. Aku bengang la jugak, suppose kalau kau dah menyampah sangat kat awek kau tu, tak PERLU la kau nak kata cmtu kat dia. Kalau kau tak nak bersama dengan dia waktu-waktu sakit, kau blah jer, cakap dah tak tahan dah nak tengok dia sakit. Tak payah nak cakap orang tu tipu ke apa! Nampak sangat memang tak bertanggungjawab. Macam tu ke kata nak ajak member aku kahwin?kalau waktu dia sakit sekarang pun dah merungut, paksa buat itu ini. Kang kau paksa dia makan ubat tu ini, jadi sakit lain plak, kau ada duit ke nak tanggung perubatan dia?? Kompem aku kata TAK DE!
Aku cakap kat kawan aku, tak payah laa nak bergantung harap pada bf dia tu. Putuskan jelah, dari bersama dengan orang yang sanggup tuduh kau macam ni. dia still ada family, ada adik beradik. Aku pesan walaupon susah camne pon tabah je, dia masih ada family and kawan-kawan yang nak support dia. Thats all. Hope kawan aku tabah lah walaupun menderita. Insyaallah aku sentiasa disisi kau beb!

No comments:

Post a Comment