Showing posts with label Jiwang. Show all posts
Showing posts with label Jiwang. Show all posts

Wednesday, 5 June 2013

Gila Sang Manusia

Manusia bisa menafsirkan segala kata
Mengikut prosa dan naluri sendiri
Tetapi hakikatnya kata-kata itu merupakan satu kunci segala kunci
Bukan satu kata yang menghiris
Cinta suatu wacana yang mudah diungkap dan dizahirkan dengan kata
Tetapi sukar untuk diterjemah dengan gaya.
Hati mudah jatuh ke lembah kecintaan
Membuat jiwa manusia menjadi celaru lagi kacau kiranya
Janganlah karena cinta engkau menjadi gila
Karena tuhan telah mendorongmu untuk mencari dan menjalani kehidupan
walaupun bukan segala pintamu menjadi tertunai

Usah Bertuhankan Cinta

Jangan jadikan cinta itu suatu kiblat hidup
Pabila engkau kecewa lantas engkau membunuh anugerah tuhan itu
Semetelaah itu, haruslah engkau bersyukur karena tuhan telah memberikan petunjuk
bahawa masih ada lagi perawan yang terbaik untukmu
Meskipun bukan perawan yang engkau puja
Sesiapa pun jodohmu
Meski aku, dia atau yang lain
Engkau haruslah bersyukur dengan setiap anugerah itu
Maka kembalilah bersangka baik kepada tuhanmu robulallamin
Dan carilah perawan yang terbaik
untuk rusuk kirimu

Monday, 21 January 2013

Majlis Resepsi Aku

Salam and good afternoon!

Alhamdulillah akhirnya ke jinjang pelamin jugak aku. Dapat tengok pelamin yang tersergam indah ala-ala Khairul Fahmi punye pelamin. Tema untuk majilis kawen warna silver, barang-barang hantaran semua dah siap sedia. Thanks encik Tunang! Bila dah dekat-dekat hari nak jadi isteri ni, berdebor-debor plak ghase. Malam ni majilis berinai, insyaallah encik tunang akan datang jugak la bertandang. Esok pagi dalam pukul 10, akad nikah kat Masjid Shah Alam. Aduh berdebor-debor la. Aku rasa malam ni kompem tak boleh tido sebab nervous sangat kan! Aku belek-belek baju lace putih ni, rasa sayu pulak, yelah lepas ni aku bukan milik ayah lagi. Aku dah jadi milik somi aku. Selama doploh pat taun aku duduk dengan family, ni la anak yang paling manja, degil dalam family. Tup tup aku dah nak kawen dah. Tak boleh memanja dengan dorang. Huuu..sedeyh! Okay aku drafkan kejap sementara nak tunggu malam berinai.Nanti aku update.

Okay, dah settle malam berinai. Inai dah kering, merah meletop haa tangan aku. Baru ada feeling-feeling nak jadi pengantin esok. Encik tunang pun datang melawat tadi, tapi tak boleh usha lelama nanti feel eksited tu takde plak. Aku buat-buat jual mahal malam tadi. Kan betul aku kata, aku tak boleh tidoq malam ni, punya eksited tahap gaban punya. Perangai aku kalau eksited memang jenis tak boleh tido. Bila dok pikir-pikir balik hensem jugak tunang aku ni, time nak kawen baru perasan bakal somi aku ensem?cettt!

Aku buat 3 resepsi perkahwinan, satu kat rumah aku sendiri 2nd kat rumah bakal somi dan 3rd kat hotel. Alhamdulillah rezeki, tapi letih laa gak kan nak buat sampai 3 resepsi almaklumlah ramai kengkawan. Lelain tema plak tu, ikot jelah dah pilihan family memasing. Yang sorang anak sulung. yang sorang lagi anak bongsu kan kompem nak meriah riah punye. Hope everything berjalan lancar.Amin.

KAKAKKKKKKKK!!!!BANGUN DAH PETANG!

Adoi, kacau laaa sapo menjerit-jerit petang-petang ni?syiok-syiok mimpi dah settle baju kawen bagai.Hadooo! Rupenya mama aku spoilnya mimpi-mimpi indah aku! Bermimpi disiang hari...kemarauuu panjangggggg......*lagu sharipah zarina plak.

Semenjak dua tiga menjak ni, aku asek bebenor berangan nak kawen. Yolah, kau tuu pompuann kan? Umor doploh pat taun dah, tua bangka tapi belom ada jodoh nak kawen. Sape tak jeles weyh, cousin-cousin bebaya aku semua dah bertunang la, nak kawen ujung taun laa.. lahai jeles kak jah oi. Nak amek feeling kawen tu haaa nengok la Raikan Cinta kat astero ria tu. Amboiih kemain kerlass kau, kawen meriah siap ada raptai-raptai lagi. Aku ni boleh berangan jela, teringin nak kawen gitu tapi alahai, doet doet doet! Belum hade lagi. Alhamdulillah rezeki baru setat keje kan, boleh le ngumpul sikit-sikit nak kawen tu. Tapi nak kawen happening-happening tu tatau ler kan, tapi orang kata rezeki ni kat memana je, buat-buat kau menang hadiah tajaan perkahwinan kat hotel 5 setar, perghhhh berjurai ayaq mata cheq ni terharuuuuuu kalau dapat tajaan gitu.

Dapat mimpi pon dah terharu bagai kan? SAH SAH SAH SAH!aku gatai nak kawen, doet dah ado?jawapan dia simple, TAKDE! Nak tunggu anak raja?memang tak la cter dia,muka tak lawo berangan nak anak raja,anak dato. Makanya lupus dulu berangan nak kawen dulu, beli rumah dulu pastu beli kete pastu last baru kawen. Boleh? Korang doalah aku cepat sampai jodoh.pastu dapat rezeki terpijak tajaan kawen plak. Ahaiiii seronot seronot! Okay, aku dah blushing!kbai

Eh ingat aku tadi. Sorry salah gambar, ni gambar kak Ayu Raudah.


Your Are Unexpected!



Pernah tak korang rasa sunyi bila pakwe kau buat bodoh dengan kau? Mesti kau rasa pakwe kau ni macam dah bosan dengan kau kan? Yelah, pakwe kau sibuk dengan kerjaya, sibuk nak melepak dengan kengkawan. Opkos kau rasa pakwe kau ni annoying gila kan? Pastu kalau kau whatsapp, mesej dia panjang macam karangan sebab nak attention pakwe kau tapi pakwe kau buat bodoh and jawapan dia memang buat kau rasa lagi bebulu dengan dia. Kesian..

Kau tulis SMS panjang lebar pun pakwe kau still buat bodoh sebab pakwe kau pon tacing dengan ayat-ayat yang bagi kat dia. So dia pon akan diam and diam sampai pagi. Kau buat apa semua pakwe kau buat tatau je dengan kau. Call pulak? HAHAHAH jangan kata hari-hari, seminggu pun kau jangan harap nak dengar suara pakwe kau. Apa kau rasa? ada rasa macam nak feeling-feeling mohabatien tak dengan bopreng kau? Jumpe? Kalau dah call payah, jumpe lagi payah padahal bukan jauh bebenau, KL-Selangor je tak de sampai 3 pat jam kau nak duduk dalam kete kan? Menanges laaa kau menyesal kenapa dapat pakwe macam ni ghopenya lepas berkapel. Ahaks.

Yang bopreng kau pulak, jenis sensitip, manja kalau mood manja datang pastu senang mengalirkan airmata. So dalam tulisan karangan kau tu mesti ada word yang buat pakwe kau rasa down to the earth gila-gila *kejam doh ayat kau! Even bopreng kau memang high class depan memember, sorang pemberontak no 1 dalam kompeni, seorang yang jenis klakau gile dengan budak opis n dengan memeber tapi bile dengan kau dia jadi lain. Dia jadi macam blur katak, pastu koje diam je plak senang cter macam bosan la bila tengok muka tenuk kau kalau time marah. Mesti kau rasa kau KALAH dengan kawan-kawan dia or memeber opis dia kan?

But one thing pasal boreng kau yang kau sendiri unexpected bila kau betul-betul perlukan dia, memang kau rasa time tu sakit sangat dan kau berharap walaupun dia perangai macam aku nyatakan diatas, tapi kau harap dia akan stay menjadi bopreng kau dalam keadaan sesusah mana pun, dia still stay dengan kau. Kau pernah expect tak yang bopreng kau selama ni buat bodoh dengan kau, jarang call kau, jarang jumpe kau, hari-hari gaduh dengan kau, dengan kau hari-hari pikir dia tak pedulikan kau sampai kau give up dengan dia, rase nak putus je sebab terseksa cengkononnya, akhirnya dia juga la yang ada waktu kau betul-betul perlukan dia. Dia jadi orang yang sangat-sangat risaukan kau, sanggup buat kau lupa kejap masaalah walaupun dia selalu pikir problem tu? Kau expect tak yang bopreng kau tu sayang gila kat kau walaupun kau banyak buat masaalah dalam kepala dia, walaupon kau pernah down to the earth dia sampai dia sendiri malu gila sebab pikir diri dia loser? Dia takde ungkit-ungkit kisah lama, tak de pun nak down kan kau walaupon kau pernah down kan dia. Dia memang UNEXPECTED kan? Orang yang kau fikir mungkin tak layak untuk jadi somi kau, bopreng kau sebab perangai dia tu bagi kau teruk gila and tak kena langsung dengan taste kau yang selalu nak PERFECT tu?

Kau patut belajar menghargai bopreng kau walaupon dia mungkin takde waktu-waktu biasa, waktu-waktu nak bergayut, waktu-waktu dating or bla bla bla. Tapi most important dia ada disisi kau waktu kau betul-betul perlukan dia dan dia ada untuk tunggu kau. Belajar menerima dan belajar memahami perangai orang lain. Mungkin kau dengan dia macam langit dengan bumi tapi tak semestinya langit dengan bumi tu takkan bersatu. Ecewah. Kekadang kita tengok orang yang berkepit, bahagia manjang, bersodap-sodap manjang bersama bopreng time kau susah, berdesupppp lariii bai! Bye bye laaa aku tak de masa nak spend time or nak stay dengan kau. Time tu dia akan down kan kau kaw kaw punya.

Sape suruh miang sangat dengan aku? Aku nak duit kau jer.

Sape suka kau?muka macam buruk, perasan lebey. Aku just suka body kau jer. Muka kau stock letak kat tandas jer la!

Ade okay mamat-mamat mulut puaka ni. So don't judge ur boyfie tu as easy as that jela. Better kau kena uji nak tengok dia sayang ke tak dengan kau. Kau pon takkan expect one day kau sakit menunggu hari nak mati ke, or kau ada masaalah besar ke or kau accident sampai cacat muka kau, or lumpuh tetibe bopreng yang kau meluat ni laa datang tolong kau and teman kau hadapi waktu-waktu sukar. Please think it twice.