Monday, 11 March 2013

Rock Oo!! memang Rock weyh!

Bersambung-sambung pulak entri aku ni yeee. Arini Monday belus nak hilangkan rasa ngantok dan sakit sengugut aku ni. Maka aku tulis entry pasal review cerita Rock Oo! Ekceli aku sangat memilih nak tengok wayang, and aku bukan seorang kaki nengok wayang melainkan cerita tu memang aku nak sangat-sangat tengok. Back to the stori, aku memang tunggu sambungan cerita Rock Oo ni since 2005 masa tu cerita Rock! Aku gile cerita tu dulu.Nak jadi cerita, tahun tu gak keluar cerita Rock. Dengan sengal ubi, Amy Mat Piah, Jijo an an an, Black sengau, Zul Kapan dengan Zack. Pergh feelling macam throwback zaman tuuu seyh. Pakaian dia semua macam dolu-dolu, memang real si Mamat Khalid ni buat. Membahak-bahak dulu aku tergelak tengok cter ni. And after few years aku tunggu sambungan ni, berbaloi aku tunggu lama cerita ni sebab cerita Rock oO memang super osem! Aku pelik apesal orang kata cter ni tak best and tak kelakar? Padahal dari awal sampai akhir aku gelak manjang kot? Hahahahah.

Rock tahun 2005
 
Bezanya Rock oO ni takde Zack dah. Yang ade muka baru, Slash Hj Tapah yang dibawak oleh Pekin. Aku rasa dia memang sebijik macam Johnny Deep kot. And aku rasa dia ni seksi dengan pakaian Slash tu. hahah. Ehem bukan seksi seksual tu ye, maksud nya seksi dari segi muka dia macam style gitueww. Starting cter yang agak selenge gak laaa, tengok si Amy Mat Piah tu dok buat ais kepal sambil hati bengang tengok URTV gambar Rimba Bara dengan si Zul Kapan. Hahahaha! Dengan si Amy terhegeh-hegeh nak jadi vokalis suara ke laut. Kalau dalam Rock dulu depa buat klip video berangan lagu Dari Sinar Mata, kali ni aku rasa special sikit sebab si Amy Mat Piah sendiri nyanyi lagu Teratai. Klip video tu pon agak bengong gak. Pecah perut aku weyh!
 
Salah satu slot dalam klip video Teratai versi Rimba Bara
 
Personal view dari aku, Rock oO kali ni lagi best dari 1st. Dengan Jijo nya kuat membebel tak habis-habis dengan an an an an dia tuuu buat aku rasa nak gelak tahap gaban. Memang gila laa dia punya berlakon slumber gile. Si Slash Hj Tapah tak banyak cakap. Yang buat huru hara cter ni si Jijo opkos laa, Si Amy dengan si Sengau Black. Si Slash asyikk nak cinggeh jeeee manjanggg. Zul Kapan plak balik kat Malaikat Mauuuttttt dia tuh.Ada banyak gak pengajaran dalam cter ni. Macamana depa semua ni boleh jadi band rock terkenal bukan senang tau. Kena banyak pengorbanan, kena tinggal cinggeh, kena share makanan, kena tipu, member mati overdose sedey beb. Cuma olahan dia tu depa buat kasi klakar laaaa. Kalau orang yang pernah rasa jadi macam Rimba Bara ni kompem nangis punya teringat kisah lama.Citer ni bagi aku REAL sangat. and aku suka compared to Rock! Apa lagi, jom laa tengok cerita Rock oO! ni. Aku bagi 5 star untuk Mamat Khalid untuk cerita ni. Tapi sorry Mamat Khalid, aku tak tengok pon cerita Antu Kak Limah 2 tu sebab aku macam rasa tak berapa kick laaa based on trillier dia tu. Tapi cter ni MENJADI. Idop RIMBA BARA!
 
 



Sunday, 10 March 2013

Childhood Friends

Salam. Fuhh lama tak update bloggie ni. Alahai rindu gilos sangat kat ucuk anje ni. Kikiki. Okay 2 minggu lepas punye citer aku peram dah jadi tapai dah pon baru arini aku nak cter. So arini aku akan update 2 cter, satu cter peram satu lagi cter semalam dan kelmarin. Hokey hanak-hanak?

Lets start it 1st beybeh, 2 minggu lepas bape hari bulan eh? Sat nengok kalendar sat naaa. Hokey, 2hb ada sejarah baru ni. Punya laa lama gila weyh aku tak balik hometown aku, Johor Bharu last-last dapat gak balik after 4-5 years gak laa aku jadi orang lupo daratan kejap, selain menyokong pasukan bola sepak bukan negeri aku sendirik. Bhahahhaa. Sebenarnya kebetulan je datang JB tu, yolah aku skang dah duk KL so agak jauh ler aku nak poie ke JB tu, bukan tak rindu nak balik ke sana, rindu gak tapi mase takde lagi. Berbalik pada punca aku balik ke Johor sebab ade kenduri kawen Kak angkat ayah aku yang umo hanak dia sebaya dengan aku, doploh pat taun. Jelly kan? Baye aku dah kawen!!!! Aku? Tah bile tah, tahun depan kot? Aminnnnn.

Aku dalam diam-diam dah berjanji laa dengan childhood friends aku kat Instagram yang kata aku nak mai JB, gumbira laaa hati bebudak ni nak jumpe bestie lama kannn *including aku lah! Tapi plan tu hampir musnah berderai sebab mama aku berhasrat nak balik awal  plakk. Frust la gak aku. So aku try memujuk mama aku sampai le dia setuju nak balik lambat sikit. Alah mak childhood friend aku pon bestie mak aku gak. Yeah hidup anak GURU! Makanya berjumpe laaa kami di hari agak bersejarah untuk peribadi aku. Sini aku sajikan beberapa keping gambar untuk tatopan kalian rakyat

Macam biasa, aku kat kiri ler,
tengah hero malaya, Afiq and kecik molek ni, Fatin
 
 
Im gonna missed you guys soo much!
 
 
Geng lamo tak jumpe,bajet cter masaalah negara
 
 
 

Friday, 1 March 2013

Maafkan lagi baik..

Salam and happy Jumaat day!

Yeyy,  dapat gaji. And March is the month i waiting for, i almost 4 month at Deleum and im really happy. *eh,speaking ke? Kikik. Sebab aku nak pergi vacation ke Cameron Highland. Aku rasa semua orang boleh baca title kat ataih tu kan? Cakap pasal kenangan silam, semua ada kenangan, membohong laa kau tak de kenangan kan? And aku sure ada kenangan pahit and manis dalam life korang. So, aku just share pengalaman sikit-sikit la kat korang, bukan overall kita boleh kongsi story kita kat dunia internet ni, kang ramai pulak komen kang.

Sebut tentang kenangan sedih, boleh dikatakan banyak la jugak. Most of them about love story and friends. Aku selalu bermasaalah tentang 2 benda ni. Kekadang kalau kita terlalu baik sangat orang akan pijak kita, kalau kita jahat sangat pun orang akan kata pasal kita and so on. Aku pernah melalui waktu-waktu belajar yang sukar. Aku tak boleh sangat geng dengan rakan sebaya aku sebab entahla, aku sendiri tak berapa nak sure. Bila sebaya ni kekadang ego lebey sikit la, bukan semua orang tapi untuk aku la kan. Macam tak boleh give and take. Aku lebih suka kawan dengan kakak-kakak ke, makcik-makcik ke or adik-adik. Jangan la nak sebaya sangat. Tapi ada gak kawan sebaya yang okay, yang memula musuh nak mampuih last-last contact and baik gilos. Aku ni tak reti sangat nak berkawan macam mana. Yelah, kita ni macam-macam ragam kan, biasanya kalau perempuan ni suka cakap belakang, pastu main tikam-tikam belakang. Aku dah rase dah perasaan bengang, benci and nak tumbok je muka orang tu tapi satu lagi perangai aku, sekejap je aku rasa bengang and marah. Tak kira la besar mana pon dia buat kat aku. Pernah ada orang cuba nak try bunuh aku, pulaukan aku malah ada lagi perbuatan yang bagi aku agak berat maybe sebab dengki atau maybe sebab kecewa aku sendiri tak tahu kenapa. Tapi aku bersyukur dengan Allah sebab diberi kekuatan untuk melalui hari-hari yang teruk dalam hidup aku.Berkat doa mama aku, aku selamat alhamdulillah sampai sekarang. Buat sesiapa yang pernah bermusuh dengan aku, atau pernah buat aku macam-macam aku dah maafkan.

Cinta.. Hmm..

Aku ada juga dengar kawan-kawan aku kata aku senang sangat mencari pengganti, tapi hakikatnya aku sakit jugak nak lalui. Ye la, kau sekali bercinta tu bagai nak rak, tapi akhirnya tak kesampaian. Aku tak suka sedih-sedih. Memang orang akan datang nak tagih cinta tu macam bunyi senang je kan? Or else kau kena start balik hubungan and kenal-kenal balik. Leceh. Tapi tu la kuasa tuhan kenapa kita takde jodoh dengan orang tu. Sakit putus cinta tu memang la, tapi aku ada satu prinsip and aku sangat cerewet bab-bab ni, aku sanggup sedih or sakit hati dari aku terpaksa stay dengan lelaki yang setiap hari buat aku nangis, at least bila aku ptus cinta, nangis tu sekejap then aku boleh move on sebab aku akan mind set aku takkan toleh belakang lagi. Cukuplah apa yang dah jadi dan aku harap takkan mungkin terjadi lagi. Aku nak orang yang boleh jaga aku, aku nak diri aku hormat pada orang lain dengan erti kata lain dia boleh ajar aku, bimbing aku, jaga aku kalau aku ada masaalah. Tu je. Kadang-kadang bukan tak teringat, ingat and sayang cuma aku dah tak boleh nak go on dah sebab hati dah hancur sangat-sangat. Ya aku faham aku pun ada kekurangan, masing-masing ada salah. Lagi satu aku selalu gak dapat manusia yang poyo cakap " Saya ni memang tak layak untuk sesiapa, and biarlah saya stay single camni." sekali tengok ada berita sampaikan kata dah ada pengganti baru bape hari breakup. Kikiki. Senang eh cari pengganti, ayat tu memang poyo sangat. Sekali komen dengan aweks lain kemain bersayang-sayang. Masa time aku dulu, bukan main dia bising-bising takkan semudah tu je kan bersayang-sayang kan? Maybe dah bersayang time sebelum ni lagi kott?  Mana la tau, kekadang bukan aku yang kaki stalker, tapi kawan-kawan aku banyak je bagi berita ekspress kat aku. Tak tau la kan, tuan empunya badan kata bukan makwenya. Kikikikiki! Biar jela, as long dia bahagia suka dan ceria, Alhamdulillah la.

Lagipun cter bab maaf ni sebenarnya, ramai orang bising dengan aku kata aku ni senang maafkan orang, baik sangat dengan orang. Bukan apa, kita ni sejahat-jahat pun orang kata biarlah ada sikit sifat Nabi Muhammad sikit walaupon aku ni takde laa alim gila, semayang pon tah betul tah tidak tapi aku ada la sikit sifat pemaaf tu, tak rugi pon kau jadi pemaaf kan? Share perangai Ajeem plak, dia ni jenis pendendam i mean bukan laaaa teruk gila, but dia ni bukan jenis suka meluah-luah macam kita pompuan-pompuan ni. Dia tak suka orang sakitkan hati aku, or cederakan aku *ahaa, sweet sangat lee perangai kau tu Ajeem! paling dia bengang kalau aku kata biarkannn jela orang nak buat akuuu, lagi bebulu je dia dengan aku. Tapi so far lately ni dia cool down banyak jugak. Dia dah bukan jenis-jenis emosi-emosi sangat dah sebab dia dah faham apa yang aku buat ni. Sebenarnya tak rugi langsung kau jadi pemaaf la beb, buat apa kau nak berbalas-balas dendam kan? Memang la sakit hati dengan apa orang pernah buat kau suffer tapi tak rugi ponn kau maafkan. Tak keluar duit pon kan? So amal-amalkan laaa sikap memaafkan okay?

Wednesday, 20 February 2013

Berbakatkah aku dalam bisnes?

Salam guys and good night..

its 11.10 pm already tapi aku still macam blur-blur katak lah berfikir macam-macam sebenarnya. Well if anybody yang suka baca blog nak tau update aku or pasal perasaan aku or pasal life aku disini la tempatnya aku share segala mak nenek problem. Kikiki! But not all la babe. So malam ni dalam kepala otak aku dok pikiaq pasal bisnes, almaklumlah sekarang ni kerajaan sibuk promote segala BR1M, bantuan untuk usahawan mikro and tak lupa rebet henpon rm200 semua aku sapu. But my biggest problem, before aku nak ambil oppourtunity yang kerajaan bagi geran rm1000 untuk usahawan mikro ni aku dok pikiaq berbakatkah aku ni? Aku ada blog, ada instagram tapi kenapa aku tak nak ambil peluang yang jarang ada kan? Rm1000 tu walaupon pada mata certain people alaaaaaa kecikkkk gile modal nak buat berniaga, but aku rasa blassed gila laa sebab orang nak bagi duit free selain duit parents aku! Saving what? takde nak bodek-bodek kerajaan okay but ini opinion laa kan? bila lagi nak dapat bantuan free.

Aku cam pikir-pikir nak buat business boutique online tudung sebab aku gila tudung. Tapi muka aku ni tak lawo pon nak tayang muka jadi model tudung, nak gaye-gaye tudung, nak panggil model buat shoot gambar bagai quite costing. Nak buat business kosmetik, sama la keadaan dia muka aku ni baru je try test product Ad-ha skincare so need time to prove to others la. Yela,takkan aku nak setat jual kalau muka aku pon belom di testimoni kan? makanya kena nunggu sampailah muka aku putih bak Adira tu,baru aku akan jadi reseller Ad-ha skincare *okay berangan! pastu dalam hotak aku nak wat bisnes baju,aha skang aku tengah nak habiskan stock kat instagram aku "atikaanisa" sila melawat okay? kat situ aku just nak habiskan laa stock-stock yang aku jual masa buat bazaar kat kolej dulu, bapak lama gilaaaaa aku nak habiskan stock dek sebab malasss! Walaupon slow lambat sikit orang tanya pasal baju yang aku jual, but im blessed laa sebab ada jugak orang sudi nanye-nanye kan? orang kata pelan-pelan kayuh beb. Nanti ada laa orang suka sebab baju yang aku jual pon agak la murah.

So berbakatkah aku dengan dunia busines ni? Harap je dapat diploma business tapi bila kau masuk dalam dunia realiti hampeh dude. Kau jadi zero, orang tak belajar bisnes lagi hebat dari kau tau nisa.Malu-malu! Bhahahahaha. Takpe, aku hope testing aku ni jadi laa. Mohon murah rezeki untuk orang membeli baju yang aku jual tuueww. And plus aku pon lepas ni insyaallah la nak sambung study but not in busines anymore laa. maleh eden nak blaja busines ni, eden nak amek course engineering NDT. Haaa, belajar rerajin sampai gaji tinggi pastu ada pulak bisnes. Uii kalau jadi camtu aminnn alhamdulillah, boleh kejar cita-cita aku nak bawa family aku dan family bakal suami aku ke Haji or umrah. semoga niat suci murni aku ni di berkati Allah.  Amin ya robbal alamin!! Doakan aku berjaya ya guys. Doa korang dan support korang yang stalker ke, silent reader ke or memang jenis suka melawat blog ke mohon doa n support kejayaan kita bersama. Ecewahhh! okaylah need to sleep now, nuniteeeee and sweet dream people!

I Need Vacation? YES!

Salam people.



Talked about vacation, and yeah i really need vacation right now. Bukan apa saje nak membawa diri pergi bercuti-cuti rehatkan minda. Kikiki. Lately aku rasa macam strees tapi bukan la sebab kerja tapi certain-certain people yang sangat laa annoying. Kerja so far alhamdulillah la, happy. Actually plan nak pergi berjalan ke Desaru, tapi aku rasa 2 days 1 night memang laa tak best. Rasa macam bosan je kan? Pastu cost g Desaru tu quite costing sebab hotel dia gila mewah. Lain la gaji aku besar kan. So boley la duduk hotel super mahal. Makanya setelah berpikir-pikir nak poie mana, kejap nak rasa g pantai la hape la. So last-last back to basic, aku pergi ke Cameron Highland tempat faveret aku. Bukan apa, Cameron Highland ni bukan la tempat yang terlalu best untuk orang yang suka berseronok, tapi dia tempat yang sangat peace laa untuk rileks kan otak. Aku setat jatuh cinta dengan Cameron time family outing lagi. Masa tu darjah berapa tah, ke tingkatan bape tah buat family day kat sana. Time tu sejuk gila sampai berasap-asap mulut ko.. tapi skang dah kureng dah sebab maybe pemanasan global kutt..ehem.

Aku selalu g Cameron biasanya untuk 2 hari 1 malam la macam tak berjalan mana saje nak lepak je. But aritu aku pergi ke Kuala Kangsar wedding sempat la singgah kejap ke Cameron Highland dengan kawan-kawan baru la aku setat berjalan g teh boh la, muzium la, rose valley la segala mak nenek nak pergi 2 hari 1 malam gak kat sana. Enjoy but sikit boring sebab bukan ikhlas pon nak melawat tempat-tempat gituewww! Aku mai nak rileks-rileks. Paling aku enjoy kat sana pergi pasar malam. Barang-barang so far murah la gak. Stoberi yang kau dok ngidam kat KL sana, kat Cameron 3 bungkus RM15 jer kot! Kohkohkoh. Murah kan? Kalau kau gatai nak beli bunga, beli kat KL mahal kan? So kau beli jela kat Cameron, 1 jambak baru RM10 or 20 ajeee. Tu port paling best laa kalau kau nak beli barang-barang makan ke apa, sedap tak sedap tuu aku tak tau la. Belasah jela try and error katanyaaaa. Aku seorang yang gilos teh, so aku akan memborong teh nanti. Eksaitet walaupon dah 3-4 kali jejak sana. Mana aku nak poie lepas ni? Aku pk nak poie jalan kat air terjun kat Cameron tu. Ala-ala macam piknik kann dok bentang tikar pastu makan. Lahai, romantika de amore laaaaa.Muaahahahahaha! Tu baru ketenangan abadi yop. Tak payah nak berjalan sangat g tempat-tempat tu. Ni opinion aku laa, better enjoy pemandangan sekitar, layan sejuk-sejuk nyaman kat sana. Mesti best, yang mana sibuk nak g jalan melawat tapak tu poie laa, tapi bagi yang 3-4 kali poie tu takkan kau nak pergi tempat sama jer kan? Better kau g la tempat yang adventure sikit macam air terjun ke, hiking ke apa ke. Macam best gak, tak pon panjat bukit teh tu haaa, pergh mengah beb.

Anyway, aku tak sabar nak bercuti this march and tak sabar nak tenangkan hati disamping beribadah jugak melihat alam ciptaan tuhan. Nak g obersea belom ado budget lagi la nak melawat obersea, melainkan bos aku dengan baik hati dan rela hati nak hantar aku g outstation obersea.Kihkih! Takecare guys. Bubye! Muxie

Monday, 18 February 2013

Nekad baru

Salam and aloo people!

Alahai arini mengantok gila babos padahal dah tidoq awai dah malam tadi. Rini nak ajak korang yang membaco, menyeltalker blog aku *bajet cam femes memes ye belog aku ni. Ahaaii tak kose! berkongsi pengalaman aku baru memakai skincare. Seperti yang aku sendiri tau, aku ni sangat meleceh atau sangat malas nak pakai product-product skincare SEBAB? MALAS! Haa kan dah CAPS LOCK. Pastu lately ni aku jadi macam bengang tengok muka aku sebab dah mula jadi kusam tetibe walaupon bertepek bedak yang aku dah letak kat muko den ni, jerawat gatal, miang semua naik, makanya aku buat conclusion sendiri yang hormon progeston mengnifikon aku tak berapa nak betol dah. Aku kan guna instagram, so aku selalu la nampak Uniey bini Apek tu jual karame, macam nak beli, skali tengok harge alahai pengsan. Pastu usha Tabita plak, haa ni pon same, mahal nak pengsan..."Faint!" Tengok product SNE yang si Adira tu pakai, lagi laaa mahal. Pikiaq punya pikiaq nak pakai brand apa bagi kulit flawless macam retis kannn. Selalu pakai makeup aje, so memang chantek cek mek molek laa kalo bergambor or makeup tapi itu semua pelsu belaka! Aku nak kulit memang smoothly la kan. Sojak akhir-akhir ni setelah single mingle balik, aku nekad nak lawo kulit muka means putih flawless gitueww and kurussss pastu nak bersihkan hati supaya suci murni takde dendam-dendam dengan orang lain.

1st step aku search kat tenet pasal krame tuh, pastu tetibe terkeluar la jenama peliks sket, nama dia Ad-ha Skincare. Memula aku macam bingong sket nama macam annoying jer, pastu terai nengok testi,amboihhh lawa muka mereka yer macam makan SNE plak wajah nya itueww! Glowwing manje tau. So, aku nengok harganya takde la mahal gila memadailah dengan gaji aku yang ciput ni haa. Kalau beli loose pon murah la gak. So aku beli, tapi nak deliverd kat rumah yaaaaa ampoonnnnn dekat 2 minggu baru sampai pakai POS LAJU sangatttt! Haa aku bengang laa sebab selalu elok je,aku kasi can laa sebab raya cina kan, so aku takde laa call cust service tu tapi dah masuk 2nd week tak sampai-sampai berbulu gak laa aku. Calling bagai nak gile aku kat pos laju cust service complain apesal stuck kat PPL Batu Caves tu, depa kata ada action bagai itu semuaa DUSTA! Last-last aku g amek sendiri kat PPL tu. Makanya dapat laa aku skincare aku yang heksaitet sangat tu

Day 1st-3rd aku pakai sabun dengan serum vit C and E dia, best gilos rasa meresap-resap dalam kulit ni.Aww hover tau! Day 4th ,means today la aku setat pakai cream pagi.Aaaahaa lupa nak habaq, pakai skincare Ad-ha ni ada pantang besar, jangan pakai bedak tabur or compact kat muka or pakai blusher ye sayangku nanti merah-merah muka uolss baru tau. So aku terPAKSA menakedkan muka aku tanpa secalit bedak n makeup hokey! Aku rasa macam Ya Allah, tak kompiden rasanya nak g opis dengan muka telanjang macam ni. Adohai. Tapi takpe laa demi kecantekan and mematuhi displin yang dia dah cakap tu. Bukan sehari dua tau, sebulan kena buat camtu. So bertahan laa ye wahai muka tanpa bedak.Tapi aku just calitkan celak *wajib pakai and maskara untuk penyeri lah takde la kusam musam muka aku poie koje,kang depa kata aku sakit plak. Aku pakai cream siang dia melekit-lekit macam aku letak gula-gula kat muka tu rasa dia. Unconfortable la  jugak bila aku pakai, rasa macam berkilat n melelekit kannn. sabar jelah. Krim malam pon same, lagi melekit but aku tahan jela nak tengok cemana kan. So next perubahan akan di update sebulan or 2 bulan lagi. Agak-agak dapat tak puteh macam Adira tu? Muawahahaha. Actually bagos sebenarnya dia train aku jangan pakai makeup sangat sebab aku ni makeup lama la jugak,kena bgun sejam awal untuk dandan,mandi bla bla bla...So since aku pakai Ad-ha ni takde la aku take time lama dalam 20 min aku dah siap settle semua. Cepat kan? Ahaa.Rileks okay, nanti aku update.

Next step, aku nekad nak puasa nasi. Aku memang jenis kuat melantak. Aritu ade la dalam sebulan aku puasa nasi kurus beb,hilang selera aku kat nasi sebulan sebab mind set. Aku nekad nak change diri aku dari chubby ke kurus without pakai any lotion or slimming pill. Aku skipping and try diet nasi just try makan-makan lauk je. Hope berjaya! Bukan apa, aku dah mula dok pk bila aku boleh pakai peplum, kebaya semua dengan peha besar gabak ni kan? So aku setat dengan skipping dulu 100x everyday. Tapi kaki dah start sakit, but aku ni jenis kalau dah stop memang takkan buat dah, jadi aku teruskan jugak skipping walaupon kaki sakit maybe kaki tu terkejut la sebab 1st time buat 100x kan? Aku rasa lama-lama akan okay sebab dia dah tau jadual dia kena skipping. Pasal nasi pon aku kena mind set taknak makan nasi,sebab bila aku dah start makan nasi, habislaaaa memang aku akan makan dengan jayanya. So aku kena avoid nasi sampaila badan aku betol-betol turun sampai 50kg. Target tu. Yela,nanti nak tawen susah. Orang pakai baju tawen antek-antek kita pakai baju nampak mok-mok *gedik kan?yesss saje nak gedik. Aku selalu cakap gitu dengan Ajeem and dia pon melayan. Dah dua-dua jadi ngok kejap. Makanya aku meminta kalian-kalian tolong doakan aku berjaya dalam proses mencantikkan diri,menguruskan diri dan membersihkan hati yang ada kotor-kotor ni hokey? Tengs.Love and hugs.

Tuesday, 12 February 2013

Reti Belajar Hormat Orang Tak?

Salam. Entry untuk bulan February yang tajuknya sangat laa annoying. Bhahah! Well sorry for late updating my bloggie. Sorry bloggie lil munchikin!

Ekceli something happend laa last night, bosan betol cuti-cuti ni orang kacau mood holiday aku. Ahaks. Haa as yolls noe laa hakak ni memang takde facebook mahupon twitter tapi ada instgram je sebab aku suka amek gambar sendiri. Aww! Tapi aku cukup hangin dengan sorang mamat ni. Yang macam tak reti bahasa gurau ke, serius ke. Paling aku menyampah tetibe nak tacing tak bertempat lagi best aku kena sound. Padahal boleh je nak whatsapp bagitau jangan komen yang menyentuh hati kan? Alah, asalnya aku komen apesal tak hajak makan luar.Tu pon nak serious ke? Pastu dia balas "haha nanti ada duit kita g makan sama eh" okay la kan? Padahal aku takde laa heran sangat pon n tak amek port langsung hal keluar tu. Macam laa selama dia dengan aku, RAJIN ajak aku keluar kan? Dah tu aku just kata " alaaa yelaa, tengok wayang tak ajak, makan pizza pun ajak" serius ke bunyi komen aku tu? Bhahahaah! Macam serius gila je bagi dia. Pastu nak reply dia orang miskin bagai. Hello bro, aku sikit tak kesah pasal duit tapi takyah laaa nak sound aku kat komen instagram tu haa. Selama ni kau komen gambar aku tak hajak kau keluar, takde pon aku nak tacing macing dengan kau plak kan? Tetibe nak emo pasal duit, alasan bodoh dia bagi aku, dia sunyi sensorang 2-3 hari ni. Member malas nak layan. Apa benda tu?? Ada kaitan ke duit tu dengan aku? Dia pernah bagi stetment kat aku dulu, kata kawan-kawan dia ada jee time susah, aku ni takdee time dia susah sebab tu aku kena layan macam ada dengan takde je. Skang kau susah member pon malas nak layan kan? Dah tukar stetment ke bro? Alahai. Kesian la. At least kalau kau dah pernah buat palat dengan aku, respect aku laaa sikit, benda ada whatsapp or message tak boleh cakap kau tacing kat message ke? PERLU nak komen kat instagram tu macam tu? Pastu reti whatsaapp aku kata aku plak macam malukan dia kat instagram sebab sedara, atok nenek sepupu sepapat kau baca aku komen? Yang kau mereply sound-sound aku tu tak adik sedara mak bapak sepupu sepapat aku baca plak kan? Macam instagram tu keluarga kau je ada? Kalau rasa tak puas hati private laaa chat dengan aku. Toksah nak poyo sembang kata kau miskin bagai laaa sebab aku tak hadap sesen pon duit orang. Sebab aku berkoje, bukan mintak sedekah. Haa kan tak memasal kena dengan aku awal-awal bulan feb ni. Pikir sikit orang lain, pikir sikit orang lain lagi banyak masaaalah takde pon nak tulis komen bagai macam kau.

Haa ni cter lain plak. Semalam kan cuti Raya Cina, so aku spent time dengan family and Ajeem. Lama tak lepak dengan dia. Makin ensem plak mamat ni skang. Kiteorang pergi DESA WATERPARK beb. Tapi macam spoiled gila laa, sebab double tube habis dalam desa waterpark tu dah macam sardin dah. Aku mandi kojap pastu malas dah sebab serabut alam and panas gile. So aku sangat takot kena sunburn makanya aku lepak jela dengan Ajeem kat tepi tu sambil minum air and cuci mata pompuan seksi. Ahahaha. Haa ni sikit je gambor. 1 jer kot gambar nya sebab panas and aku punya mood malas nak amek gambar ritu.

Sorry Jeem kidnap gambar kite! Btw nice shot la jugek dia hamek.